SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini
menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat
baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.
Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Negara (PAC), kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti
gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan
asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu
diketepikan sama sekali.
“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi
memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.
“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.
“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.
“…kini, setiap kata-kata kerajaan BN menjadi satu bahan gurauan dan
momokan rakyat sehingga dilihat sukar untuk kembali meraih semula sokongan
daripada rakyat,” katanya dalam penulisan terbarunya.
Mengulas lanjut, beliau
menegaskan rakyat sebenarnya sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, namun oleh
kerana mereka (rakyat) berada dalam keadaan marah sudah pasti mahu mencari
mangsa untuk melepaskan kemarahan mereka.
“Rakyat sebenarnya, sedar pembangkang juga tidak sebaik BN, tetapi
dek kerana mereka berada dalam keadaan marah, sudah tentu mereka mencari mangsa.
“Oleh itu, bagi saya kegagalan BN mengoptimumkan penggunaan jentera
parti memberikan penerangan kepada rakyat akan memberi padah besar kepada BN
sendiri,” katanya.