Translate

26/11/2013

SaveMe999 Untuk Liputan Seluruh Negara Ganti Aplikasi MyDistress


KUALA LUMPUR: Butang panik aplikasi telefon pintar MyDistress untuk penduduk Selangor akan digantikan dengan SaveMe999 bagi liputan di seluruh negara, kata Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkfli Abdullah pada Isnin.
SaveMe999, yang dilancarkan pada 9 September pada masa ini dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) sahaja dan pengguna perlu mendaftar dengan nombor pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka.
MyDistress, yang dilancarkan pada Ogos 2011, merupakan satu aplikasi mudah alih yang menghantar isyarat kecemasan kepada polis apabila pengguna mengaktifkannya.
Sementara itu, polis memberi tempoh sebulan, bermula Isnin, bagi pemilik senjata tiruan yang tidak berlesen, termasuk untuk sukan paintball, supaya tampil ke ibu pejabat polis daerah terdekat.
"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati memiliki senjata berkenaan selepas tempoh yang diberikan ini," kata Zulkfli.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...