Translate

25/11/2013

KETELUSAN KETUA PENGARAH IMGIRESEN PERLU DICONTOHI

jim_tangkap.jpg

SPRM Sahkan Siasat Kemasukan Pekerja Asing Tidak Ikut Prosedur

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihak Suruhanjaya ini telah menjalankan siasatan berhubung  isu kemasukan pekerja asing tanpa mengikut prosedur yang betul, sepertimana dakwaan yang dilaporkan di media.

Untuk makluman pihak SPRM telah menjalankan pemerhatian dan Pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak enam (6) bulan lalu. 
 

Pemerhatian dan pemantauan ini dibuat berdasarkan maklumat yang disalurkan sediri oleh Ketua Pengarah  Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Hj Ahmad.

Maklumat tersebut disalurkan berikutan pihaknya  banyak  menerima aduan mengenai kemasukan pekerja asing tanpa melalui prosedur yang sepatutnya daripada orang awam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen telah memohon bantuan dan kerjasama SPRM  bagi menyiasat perkara ini.

Siasatan telah pun selesai dan sedang dikemaskinikan. Ketua Pengarah Imigresen telahdimaklumkan status siasatan tersebut pada hari ini.

Sehubungan itu, SPRM  ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh  Ketua Pengarah Imgiresen terhadap isu serius ini.

Dalam satu operasi yang di jalankan kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai enam (6) individu telah ditahan. Dua daripadanya merupakan agen pekerja asing warga Indonesia manakala empat lagi adalah pegawai imigresen. Kesemua mereka  bagi membantu siasatan.

SPRM memandang serius kes kemasukan pekerja asing yang tidak mengikut prosedur dan saluran yang betul kerana ia memberi kesan yang besar kepada isu keselamatan negara.

Sumber:portal SPRM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...