Translate

31/10/2013

SUDAH KETERLALUAN - DIBERI BETIS, HENDAK PEHA PULAK !!!

SELAGI ADA SOKONGAN KUAT DARI PEMIMPIN TERTINGGI DINEGARA INI, SELAGI ITU LAH MEREKA BERANI MENYUARAKAN KEMAHUANNYA.

SHAH ALAM - "Mereka benar-benar melampau, ibarat diberi betis, hendak paha!”

Demikian komen Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Semakan Berkala Universal (UPR) termasuk tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai prestasi hak asasi negara seliaan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

Zainal Abidin berkata, tuntutan Comango dilihat tidak mempunyai diplomasi, berbanding layanan  yang diberikan kepada mereka.
“Kita melayan mereka (Comango) sebagai manusia dan memberikan ruang kepada agama mereka supaya boleh dianuti dan diamalkan secara bebas serta aman di bawah undang-undang Malaysia.

“Sedangkan, orang Islam di Malaysia ialah majoriti. Kalau Islam majoriti, maka kumpulan minoriti yang mendapat kebebasan beragama tidak sepatutnya membuat tuntutan melampaui batas sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, tuntutan Comango itu bercanggah dengan Perlembagaan negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

“Oleh kerana Islam agama rasmi, maka tuntutan membenarkan seks bebas, meminta kerajaan hapuskan undang-undang jenayah liwat, membenarkan lelaki kahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan itu sangat dahsyat,” katanya.

Merujuk kepada kes Universiti Merdeka lawan Kerajaan Malaysia dalam isu sebelum ini, kata Zainal Abidin, Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Eusoffe Abdoolcader memutuskan kedaulatan undang-undang negara mengatasi pengisytiharan antarabangsa.

“Dalam kes yang lain, mahkamah putuskan bahawa pengisytiharan hak asasi manusia yang dibuat di PBB bukan berbentuk perjanjian atau tidak boleh mengatasi kedaulatan sesebuah negara,” katanya.

Justeru, Zainal Abidin berharap supaya wakil kerajaan memberikan jawapan yang tegas terhadap semua usul UPR termasuk tuntutan Comango yang dijadualkan akan berlangsung hari ini.

“Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dapat mandat besar daripada orang Islam. Jadi peganglah kuasa yang diberikan untuk menjaga perlembagaan dan agama Islam.

“Yang di-Pertuan Agong juga ketika mengangkat sumpah, baginda bersumpah akan menjaga agama Islam,” katanya.


Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...