Senyum gak sikit Tok Yahya |
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengajak semua anggota Umno bersatu mengukuhkan parti dan berusaha membina
Malaysia ke arah yang lebih baik.
Presiden Umno itu dalam entri terbaharu beliau di Facebook juga
mengucapkan tahniah kepada semua calon yang memenangi jawatan naib presiden,
anggota Majlis Tertinggi dan Bahagian pada pemilihan parti Sabtu lepas.
"Kemenangan ini adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas
dengan ikhlas serta jujur demi bangsa, agama dan negara," katanya.
Pada pemilihan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.

Sementara itu, 10 muka baharu termasuk dua wanita antara 25 yang dipilih
menganggotai MT untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Najib turut melahirkan rasa syukur kerana Umno berjaya mencatat sejarah menggunakan sistem pemilihan yang lebih terbuka dan demokratik.
"Semoga amalan ini terus menjadi tunjang parti yang kita sayangi ini," katanya. – Bernama