Translate

20/10/2013

JADI WAKIL RAKYAT UMPAMA TUNGGUL KAYU ???


HANYA KESILAPAN MELETAKAN GELARAN YANG BERBAHAGIA DAN BUKAN YANG BERHORMAT KEPADA WAKIL RAKYAT AHLI PARLIMEN DUNGUN MEMBUAT BANTAHAN ???

Ini menunjukkan Wakil Rakyat berkenaan tidak melaksanakan tugas atau tidak menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat selepas PRU 13 yang lalu.

KUALA TERENGGANU - Empat wakil rakyat Pas akan menghantar notis bantahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pejabat Daerah Dungun dalam masa terdekat berhubung kesilapan Pejabat Daerah Dungun meletakkan gelaran ‘yang berbahagia’ dan bukan ‘yang berhormat’ sebagaimana sepatutnya.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, perkara itu penting untuk diambil tindakan memandangkan pihak terlibat seolah-olah menafikan mereka sebagai wakil rakyat.

Beliau mendakwa, kesilapan gelaran itu berlaku melalui salinan surat berhubung pelupusan kertas undi PRU13 yang diterima daripada Pejabat Daerah Dungun melibatkan beliau dan tiga Adun Pas lain iaitu Adun Rantau Abang; Alias Harun, Adun Sura; Wan Afandi Wan Nik dan Adun Paka, Satiful Bahri Mamat.

Bagaimanapun beliau berkata, hanya wakil rakyat BN iaitu Adun Bukit Besi, Roslee Daud yang diletakkan gelaran ‘yang berhormat’ dalam salinan surat yang diterima kelmarin.

KLIK SINI  untuk berita selanjutnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...