Translate

21/09/2013

BETUL TAK : DAP BERSELINDUNG DISEBALIK MCA ????

Isu Chin Peng: MCA jangan bagi orang Melayu marah

Gesaan parti komponen Cina dalam Barisan Nasional (BN), MCA yang mahu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia ditolak oleh Persatuan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa).
Setiausaha agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata kebanyakan pejuang negara yang terbunuh mempertahankan negara adalah dibunuh oleh pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng.
"Jangan bagi orang Melayu marah. Kebanyakan yang terbunuh adalah orang Melayu, tidak kurang juga kaum Cina.
"MCA sibuk sangat nak bawa balik abu mayat Chin Peng tu, kenapa? Hormati perasaan orang hidup.
Sementara itu, Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata biarkan abu mayat Chin Peng terbang ke udara sambil meminta jangan diingat lagi pengganas komunis berkenaan.
“Baik kita bincang masalah orang hidup. Dia dah mati. Abu mayatnya biar dibuang di udara,” katanya.
MCA hari ini dalam satu kenyataan medianya masih berkeras meminta mayat Chin Peng disemadikan di Malaysia.
Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata tiada undang-undang dalam negara ini yang melarang seseorang menghembuskan nafas terakhirnya atau disemadikan di Malaysia..
Beliau memberi contoh Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenar jasadnya dibawa pulang ke Malaysia untuk dikeumikan di Jasin dan Pontian.
Dr Azahari dan Nordin bertanggungjawab dalam insiden pengeboman di Indonesia di antara tahun 2002 dan 2005.
“Lahir dan dibesarkan di Malaysia, Chin Peng ada hak untuk disemadikan di sini. Setelah semuanya berlalu, apa kemudaratan yang abunya berikan kepada negara?” tanya Heng yang mahu hasrat ketua komunis itu disemadikan di kampung halamannya tercapai.
“Kerajaan BN tidak perlu memberi publisiti buruk dengan membuat keputusan berdasarkan kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - 20 September, 2013.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...