KOTA BHARU - Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan- jalan
utama memasuki Kelantan khususnya yang menghala ke Kota Bharu mula dibanjiri
kenderaan perantauan.
Aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara
sehingga kenderaan bergerak perlahan.
Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan
Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.
Paling teruk, bandar Kota Bharu sudah menjadi “ikan sardin” dan menjadi trauma kepada mereka yang ingin masuk di bandar khususnya untuk membuat persiapan raya.
Paling teruk, bandar Kota Bharu sudah menjadi “ikan sardin” dan menjadi trauma kepada mereka yang ingin masuk di bandar khususnya untuk membuat persiapan raya.
Bagi mereka yang menggunakan kenderaan untuk beraya, sudah pasti mereka
terpaksa memikir panjang kerana tempoh perjalanan yang lama sekali gus
merencatkan mood raya.
Masalah kesesakan jalan raya di negeri ini bagaikan tiada berkesudahan
apabila isu ini semakin hari dilihat bagai melepaskan batuk di tangga oleh
sesetengah pihak.
Mengikut analisis, setiap tahun, lebih 60,000 buah kenderaan akan
memasuki negeri ini terutamanya di musim perayaan seperti Aidilfitri dan Tahun
Baru Cina tersebut malah angka ini menunjukkan peningkatan saban tahun.
Analisis yang dijalankan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2011-2012
menunjukkan jumlah kematian di Malaysia meningkat 0.6 peratus manakala jumlah
kemalangan pula meningkat kepada 3 peratus.