DAHULU, SAYA DAN
RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DALAM PAKATAN RAKYAT AMAT MENGHORMATI DAN MENYANJUNG
TINGGI MANUSIA BERNAMA MUSTAFA ALI INI. KAMI MENGANGGAP BELIAU SEBAGAI ORANG
TUA DAN SEORANG PEMIMPIN ISLAM SEJATI YANG KAMI BOLEH SANDARKAN HARAPAN UNTUK
MEMBIMBING KAMI BERJUANG DALAM SATU PERMUAFAKATAN BAGI MENUMBANGKAN BARISAN
NASIONAL. BELIAU SAYA ANGGAP SEBAGAI TOKOH BERWIBAWA SERTA KHALIFAH ALLAH BAGI
MEMIMPIN KAMI SEMUA.
SAYA SEORANG
PENYOKONG TEGAR PAKATAN RAKYAT MENGUTUS WARKAH INI BAGI MELUAHKAN PERASAAN
HAMPA DAN KECEWA TERHADAP DATUK MUSTAFA ALI, SETIAUSAHA AGUNG PAS YANG SAYA
YAKINI TELAH MUNGKIR DALAM PERJUANGAN.
HARAPKAN PANAS
HINGGA KE PETANG RUPANYA HUJAN DI TENGAHARI. BELUM PUN MEMENANGI PRU INI,
MUSTAFA ALI TELAH MENUNJUKKAN BELANG KEMUNAFIKAN. TIDAK CUKUP DENGAN ITU,
BELIAU TELAH MEROBEK MUAFAKAT PAKATAN RAKYAT DENGAN BERSIKAP TIDAK ADIL DALAM
PEMBAHAGIAN KERUSI TERUTAMA DIANTARA PAS DAN PKR.
SELAKU SETIAUSAHA AGUNG PAS,
BELIAU TIDAK MENGENDAHKAN RAYUAN RAKAN-RAKAN KOMPONEN PAKATAN RAKYAT DENGAN
MENOLAK MENTAH-MENTAH PERMINTAAN KAMI MELETAKKAN CALON-CALON PKR DI SESETENGAH
KAWASAN. DI TERENGGANU DAN PULAU PINANG CONTOHNYA, PKR DAN PAS TERPAKSA
BERENTAP SESAMA SENDIRI GARA-GARA KERAKUSAN MUSTAFA ALI. DI MANAKAH KEADILAN
DAN KEIKHLASAN BELIAU TERHADAP PERMUAFAKATAN YANG TELAH DIPERSETUJUI SEBELUM
INI?? KLIK