Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg
mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung
yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya
pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir
SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan
sebegitu jijik sekali oleh PAS.
Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik di sapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini.
Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan
kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang
keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh
seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya
tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan
kpd PAS.
Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah
sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di
Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika
graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan.
Pada ketika itu saya mula
menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider'
kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah.
Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi
Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem
pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah.
Saya kekal menyokong PAS bersama
dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan
syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.
Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran
Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami
mengambil Professor Dr. Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti
Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar
kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali.
Prof Zaki adalah merupakan
seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang
teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi.
Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya
cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang
Muslim yang berjaya.
Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan
kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi
Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau
cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran
teknologi terbaik. KLIK
Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM)
sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi.
Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari.
Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib ketua Dewan Ulamak PAS dan
merangkap exco pendidikan negeri.
Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan
Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu
mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga
yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas
alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja,
bukannya ada bukti.
Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan
sokong PAS, terus pecat, tidak kah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua,
kalau hendak pecat pengurus besar dia,pecat diri Prof Zaki sekali. PAS
Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil
bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil,
bagi peluang bela diri.
Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di
UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi
Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof
tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar
seperti anjing kurap.
Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk
PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni
ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!
Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah
bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun
Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami,
jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan
sokong PAS demi Islam.
Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di
sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah.
Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan.
Maka
Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan
mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2
PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih
Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan.
Nashrul akhirnya akur dan
mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG
ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU
MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul
ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab
pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas
pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.
Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini.
Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg
mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai
ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg
kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti
jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau
gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan
hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’
seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.
Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan
sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah
ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW
yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan
membenarkan hadith Rasulullah.
Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih
tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi
hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan
terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa system khalifah/daulah
Islamiyah KLIK , KLIK adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin KLIK, seterusnya Bani
Umayyah KLIK, Bani Abbasiyah KLIK dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki KLIK.
Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik
jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku
pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba.
Setelah
umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak
khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran
sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali,
Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sitem monarki bermula
di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.
Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap mengiktiraf
Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan
bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj
bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom
sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu
kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti
Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah
mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.
Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan
Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al
Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa
kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan
dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin
menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana
faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama.
Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki
khamar etc..tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.
Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku,
digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi
sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil
parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus..Tetapi mereka kekal diiktiraf
daulah islamiyah...sangat pelik.
Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan
demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu
menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah
oleh orang kafir.
Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang
Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak
berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri.
Lihat saja
Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara
malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq
yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan
Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan
mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada
tahap tertinggi kini.
Neraca ekonomi sahaja kah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala
bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak
lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan
Allah.
Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan
Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah
Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto
dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah
harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.
Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta
beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara
yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.
Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan
Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu
bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang,
tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah,
dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi
dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii
'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]
Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah
Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO.
Kerajaan kita tidak lah
seburuk mana,kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan
keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa
perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahan
yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi.
Jika PAS memerintah, maka
segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama.
Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan
belum pun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS
akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.
Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang
mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk
menjatuhkan pemimpin yg sedia ada.
Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan
Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka
adalah perjuangan khawarij.
Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana
kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di
dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.
Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan
hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul
Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa
nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc.
Walaupun menerima
tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana
inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti
Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn
Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.
Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami
berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan
sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus.
Suka saya dan Nashrul
seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami
mendokong ajaran Rasullullah.
Fikirkan lah bersama....
Terima kasih.
Fikirkan lah bersama....
Terima kasih.