Translate

07/03/2013

KHALID GAGAP MAIN WAYANG TAKUT DENGAN ANWAR IBRAHIM ??

Post Pic
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini cuba menjarakkan diri daripada dakwaan pimpinan PKR kononnya insiden pencerobohan oleh pengganas di Lahad Datu yang mengorbankan nyawa anggota polis Malaysia adalah konspirasi Umno Barisan Nasional. 
 
Beliau menegaskan kerajaan negeri menyokong penuh tindakan pasukan keselamatan terhadap penceroboh Filipina di Kampung Tanduo Lahad Datu semalam. Khalid meminta semua pihak memberikan penghormatan dan kepercayaan kepada usaha anggota-anggota tentera dan polis di dalam mempertahankan negara.
 
“Saya tidak tergambar bahawa pemimpin PKR akan menyatakan kenyataan tersebut. Tanggungjawab kerajaan negeri ialah kita merasa adalah satu tanggungjawab yang penting bagi kita untuk memberikan kehormatan dan kepercayaan kepada usaha institusi kita seperti polis dan tentera untuk pertahankan negara.
  
Khalid merujuk kepada laporan akhbar Suara Keadilan baru-baru ini memetik Naib Presiden Tian Chua sebagai mempertikaikan ‘ketulenan’ pencerobohan hampir 200 warga Sulu itu.
 
Ahli Parlimen Batu mendakwa pencerobohan berdarah itu adalah konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat selain menimbulkan banyak persoalan dan keraguan.
 
Dalam sidang media hari ini Khalid tidak membidas Tian secara terus terang namun menegaskan keperluan untuk berdiri teguh di sebalik usaha mempertahankan kedaulatan negara.
 
“Kerajaan negeri menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pasukan keselamatan negara dan mendoakan konflik ini diselesaikan dengan segera dan kita mendoakan semoga pasukan keselamatan kita pulang dengan selamat,” katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Selangor di Bangunan SUK di sini, hari ini.
 
Khalid turut mengumumkan dana sebanyak RM10 juta untuk ‘Tabung Wira Rakyat’ bagi meringankan beban keluarga lapan anggota pasukan keselamatan yang terkorban.
 
“Tabung Wira Rakyat ini akan kita tubuhkan berjumlah RM10 juta ialah peruntukan pertama. Dan kedua, saya juga ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju daripada tabung tersebut, sebagai usaha awal kita memperuntukkan RM20,000 kepada setiap keluarga wira-wira kita yang terkorban dalam kejadian yang berlaku,” kata beliau.
 
Tian berkata beliau tidak akan meminta maaf terhadap kenyataannya itu dan bersedia menghadapi sebarang tindakan saman dan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...