Kalau sudah kemaruk dengan politik, apa-apa sahaja pun boleh dijadikan
sebagai isu politik untuk menyokong parti yang menjadi kecenderungan individu
tertentu. Dan biarpun perbuatan berkenaan menyusahkan orang lain, terutama yang
menjadi mangsa, mereka tidak akan peduli, bahkan menganggap ianya sebagai satu
kelebihan dalam meraih undi, sokongan dan pengaruh.
Itu yang berlaku di Dungun.
Banjir besar gelombang pertama yang telah melanda Terengganu, telah melanda Dungun pada 24 Disember 2012. Lebih 1000 orang telah menjadi mangsa banjir di 7 kawasan di sekitar Dungun. Sehingga artikel ini ditulis, seramai 6 orang telah terbunuh dalam musibah banjir itu.
Walaupun kelibat atau peranan Pegawai Daerah seringkali dilindungi oleh
peranan serta fungsi wakil rakyat, Pegawai Daerah merupakan orang yang paling
berkuasa di sesuatu daerah, manakala ADUN dan Ahli Parlimen pula sekadar
pencium kepala lutut mereka untuk sebarang hal termasuklah dalam hal meminta bantuan
akibat malapetaka.
Artikel selanjutnya sila KLIK DISINI