Translate

18/01/2013

Isu Kalimah “Allah” Belum Selesai, Semakin Menghantui PAS…


BEGITU SENANG ISU KALIMAH ALLAH DISELESAIKAN. HAI BAPAK DAJAL ??

Sekonyong-konyong bila Majlis Syura Ulama PAS memutuskan bahawa penggunaan kalimah “Allah” hanyalah hak eksklusif umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat lekas-lekas membuat kenyataan bahawa isu itu sudah selesai.

Padahal, dialah “Abu Jahal” besar yang sebelum ini dikatakan telah menasihati Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membenarkan kalimah “Allah” digunakan di dalam Bible versi bahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Tapi saya yakin, Khalid Samad yang sebelum ini begitu tegar bertengkar dengan Harun Taib, Taib Azamuddin dan ramai lagi ulama PAS, sudah tentu “merah padam” diatas “kekalahan”nya berhubung isu tersebut.

Namun begitu, saya berpandangan bahawa isu kalimah “Allah” ini sebenarnya sangat jauh lagi untuk dikatakan “sudah selesai”. Malah mungkin saya boleh sifatkan isu ini sebenarnya sedang berada di peringkat permulaan.

Nik Aziz fikir isu ini sudah selesai? Di dalam PAS mungkin sudah selesai…

Namun, apakah Nik Aziz tidak terfikir tentang PKR dan DAP yang dikhabarkan begitu “berbulu” dengan keputusan PAS yang “flip flop” itu?

Apakah Nik Aziz fikir bahawa “Khalifah Umar Abdul Aziz” Al-Guan Engnya di Pulau Pinang itu “redha” dan “boleh tutup sebelah mata” dengan pendirian PAS itu?

Di dalam PAS mungkin sudah selesai, namun saya yakin bahawa isu ini masih belum selesai di kalangan gabungan parti Pakatan Haram!

Sebagaimana maklum, Bishop Kristian di negara ini begitu gembira bila PAS menyokong pihaknya menggunakan kalimah “Allah” itu di dalam kitab suci pegangan mereka. Punyalah seronok, sampai Bishop itu puji Mat Sabu…

Dan apabila PAS membuat “pusingan U”, apakah parti itu fikir Bishop Kristian itu akan seronok dan gembira juga dengan keputusan PAS? Rasanya kalau dapat, mungkin Bishop itu nak sangat berjumpa dengan Mat Sabu dan lempang Timbalan Presiden PAS itu laju-laju!

Saya juga yakin bahawa hati Guan Eng sedang meronta dan menjerit marah kepada PAS apabila rakan sekutunya itu sehingga dia enggan memberikan sebarang komen kepada media mengenai tindakan PAS tersebut.

Tidak boleh dikatakan tidak, sekiranya Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13 ini, Guan Eng mungkin bertekad akan melaksanakan juga kehendak hatinya dan dasar DAP itu.

Guan Eng, DAP dan PKR peduli apa dengan PAS? Selama ini ada DAP atau PKR yang peduli dengan dasar PAS di Pulau Pinang dan Perak (ketika di zaman penjajahan rejim Nizar “mata sepet”)?

Justeru itu, Nik Aziz jangan haraplah isu kalimah “Allah” ini akan selesai. Ia baru saja bermula dan PAS dijangka akan berdepan “syaitan-syaitan” sekutunya itu yang jelas lebih besar kuasanya berbanding PAS yang hanya dianggap parti kelas ketiga.

Tunggu sajalah nanti. Saya yakin pucuk pimpinan PAS akan dipanggil mengadap Karpal, Kit Siang, Anwar dan Guan Eng berhubung isu ini. Jangan sampai PAS kena bagi surat tunjuk sebab pada mereka sudahlah. Nampak sangat PAS dibawah tapak kaki DAP dan PKR…kan?

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...