Translate

09/12/2012

MARANG SERUPA SPT PULAU PINANG JIKA BN MENANG

GEORGETOWN: Ratusan rakyat Pulau Pinang hari ini membanjiri gerai Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi membuat permohonan rumah mampu milik yang diadakan sempena program Jelajah Janji Ditepati (JJD) di kampus Universiti Sains Malaysia di sini. 

Rata-rata pengunjung yang ditemui menyatakan mereka begitu teruja untuk membuat permohonan atas talian yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Seorang pengunjung Noraini Awang, 46, berkata pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan akan membina 20,000 unit rumah mampu milik di negeri ini disambut dengan penuh kesyukuran.

"Kami dah jenuh (bosan) menyewa. Sekarang tengah cari rumah yang lebih selesa kerana anak-anak makin membesar, sudah tidak sesuai tinggal di pangsapuri yang sempit," kata ibu kepada lima anak itu kepada Bernama di sini. 

Salah seorang pengunjung, Kelvin Tan, 36 berkata, kaedah permohonan dalam talian dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan pembeli."Perdana Menteri ada kata cabutan untuk dapat rumah akan dibuat secara telus saya rasa sistem ini memang efisien dan jimat kos. Tak perlu lagi pergi kaunter syarikat perumahan dan isi borang secara manual," katanya. 

Sementara itu, suri rumah, P Kalarani, 37 berkata, peluang golongan pertengahan sepertinya memiliki rumah sendiri lebih cerah dengan adanya program sedemikian.Beliau menyifatkan kunjungan Najib kali ini yang membawa 'buah tangan' memberi makna yang besar kepada rakyat di negeri ini.

"Macam tidak percaya akan ada monorel di Pulau Pinang pada masa depan. Kami harap ia dapat mengatasi kesesakan lalu lintas yang telah sekian lama kami hadapi," katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...