Isnin, 10 Disember 2012

INGAT DAN FIKIR BAIK-BAIK JIKA KAMPONG TERGADAI - PRU 13

anwar-hadi-guan513
Inilah dia bapak-bapak perosak agama, bangsa dan negara
Tengok kiri kanan..pandangan depan belakang.Rasanya tidak perlu nak berselindung lagi dan sudah menjadi rahsia umum salah satu isu besar yang menjadi bahan analisa ramai pihak menjelang pilihanraya umum ke 13 ialah tentang undi orang Cina.

Dalam bahasa mudah dan ringkas...mereka kini dianggap sebagai kuasa penentu pada pilihanraya yang paling genting dalam sejarah tanahair.

Siapa yang tidak syok kalau ada 'kuasa istimewa' itu.

Semua ini tak perlu kajian mendalam...atau panggil professor untuk memberi kuliah khas mengenainya.

Pintunya kini sudah terbuka luas semata-mata kerana kuasa politik orang Melayu kini terpecah kepada tiga - UMNO,PAS dan PKR.

Bodoh sangat kalau ada yang tidak berani buat kesimpulan bahawa sebenarnya pihak  yang terancam di atas muka bumi Malaysia menjelang piulihanraya itu bukannya orang bukan Melayu....tetapi orang Melayu sendiri.

Ramai para pemerhati politik sependapat apa yang buat pakatan pembangkang sekarang merasa amat ' besar kepala' ia kerana dibuai khayalan menduga sebahagian besar undi orang Cina akan condong kepada mereka.

Perasaan itu menikam kalbu mereka ekoran tsunami politik pada pilihanraya umum Mac 2008 dan beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Puak-puak ini berkerja siang malam untuk memgambarkan orang Cina di negara ini sudah tidak lagi sokongan kerajaan.

Untuk menyemarakannya lagi pelbagai isu dicetuskan seperti isu sekolah Cina,Lynas,projek Rapid di Pengerang yang nampak seperti isu orang Cina..

Menarik untuk ditanya apakah peralihan angin undi Cina ini berkait dengan soal  pimpinan kerajaan yang sedia ada,ketelusan,pembangunan dan pelbagai propoganda indah berasaskan dakwaan pembangkang mereka boleh mewujudkan kerajaan yang terbaik untuk rakyat.

Kalau nak tahu ada orang yang tertawa mendengarnya...jika itulah dijadikan alasan.

"Ada aku kisah"....mungkin ia dapat disimpulkan dalam bahasa jalanan itu yang popular sekarang.

Untuk mendapat jawapan rasanya elok tanya pada orang Cina di Bukit Bintang yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur,di Cheras,di Ipoh Barat,Seremban,Tanjong,Jelutong dan lain-lain kawasan majoriti mereka.

Nak bercakap tentang pembangunan,infrastuktur dan segala macam kemudahan...semuanya serba lengkap.

Kalau semua sudah OK...jadi mengapa lepas satu pilihanraya ke satu pilihanraya ke satu pilihanraya mereka memilih pembangkang?

Lojik akal akan berkata menang tak patut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Haji Hadi Awang mungkin tahu sangat sebabnya.Namun janganlah harap mereka hendak beri ceramah mengakuinya dikhalayak ramai.

Ini kerana jika mereka memberi analisa ikhlas tentang ini punahlah impian hendak ke Putrajaya.

Ada yang kata jawabnya mudah sahaja.Puak-puak ekstremis Cina mahu ' kuasa politik orang Cina' yakni samarata sama rasa di negara ini seolah selama ini mereka begitu tertindas.

Betulkah orang Cina di negara ini tertindas? Itu pun kena tengok kiri kanan...pandang depan belakang.Siapa agaknya yang lebih kaya dan siapa yang kuasai segala macam pernagaan dan hartanah?

Sentimen menguasai realiti.Maka sekalipun kerajaan Barisan Nasional telah mentabir negara dengan aman damai  sejak negara Merdeka menerusi sistem kongsi kuasa bersama parti-parti komponen MCA,MIC dan lain-lain ,puak-puak ini ' sakit mata' melihatnya.

Atas sebab ini mereka melihat peluang untuk mencapai matlamat yang dihajati terbentang luas menerusi Anwar dan Haji Hadi.

Matlamat simpul mati  kedua pada mereka hendak menawan Putrajaya...menjadi jambatan yang cukup kukuh bagi puak-puak ini berselindung dan menyemai benih itu.

Senang cakap Maharaja Lawak pun belum cukup kelakar jika dibanding kalau Anwar fikir puak-puak ini mendakapnya erat kerana kehebatan nilai kepimpinannya.

Haji Hadi pun boleh renung pada cermin dan tanya pada dirinya sendiri soalan sama.Tidak perlu pergi jauh-jauh, kalau nak test market kesabaran Lim Guan Eng dan Karpal Singh cubalah cakap lebih-lebih tentang impian PAS nak tubuh negara Islam.

Baru kena gempak dengan langkah mayat Karpal Singh,PAS sudah terketar dan langsung tukar dari slogan dari Negara Islam ke Negara Kebajikan.

Kalau sudah begitu halnya apalah yang diharapkan PAS dapat martabatkan kuasa politik Melayu.

Anwar?..bolehkah Ketua Umum PKR ini menjadi harapan untuk orang Melayu bergantung harap?

Pernah selama ini dengar Anwar bercakap tentang kuasa politik Melayu?

Selain tercekik dengan isu moralnya yang 'disimpan' oleh sekutu pembangkangnya, mana mungkin Anwar berani menghakis sokongan dengan mendendangkan lagu-lagu yang menyakitkan telinga puak-puak berkenaan.

Tolak sebelah bab Anwar.PKR pula tidak perlulah berangan  parti itu menjadi harapan baru bagi orang Cina.Mungkin Datuk Mansor Othman,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang boleh bagi kursus bagaimana cara hendak handle Guan Eng.

Siapa boleh lupa isu gelaran sombong,angkuh dan ' tokong' pada Guan Eng yang terdedah dalam rakaman perbualan Mansor di satu mesyuarat baru-baru ini.

Itu satu pekong besar yang tidak terduga sudha meletup.Andaian yang dapat dibuat dari isu itu ialah jelas bagaimana Guan Eng tidak pandang Mansor sebelah mata pun.

Kata orang tak payah tunggu hingga Putrajaya rebah...dari sekarang sudah boleh baca bagaimana Anwar dan Haji Hadi terpaksa 'kangkang luas' kepada macam-macam tuntutan orang Cina di negara ini semata-mata kerana hendak mendakap erat undi mereka.

Apa yang berlaku di Perak sepanjang pakatan pembangkang perintah selama 11 bulan dulu dibawah Datuk Seri Nizar Jamaluddin PAS sudah cukup untuk membuka mata.

Kerana menjadi Menteri Besar ' terpaksa' dibawah naungan DAP maka timbulah al-kisah seperti isu pemberian geran 999 tahun untuk kampong baru dan sebagainya yang tidak pernah orang terfikir dimasa lampau.

Kini diketika Pulau Pinang dengan halnya sendiri dibawah kuasa mutlak Guan Eng,di Selangor sendiri ramai yang bertanya apa yang Tan Sri Khalid Ibrahim buat selama ini untuk memperkasakan orang Melayu.

Juga kerana karenah politiknya juga kampus UiTM yang dirancang hendak dibina di Serendah,Hulu Selangor ditanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan terbarai.

Banyak sangat yang pakatan pembangkang kena bersilat sesama sendiri untuk jaga hati dan sentimen penyokong masing-masing.

Dicelah-celah ini...timbul tandatanda dimana kelak duduknya kuasa politik Melayu di negara ini.

Suasananya nampak cukup suram.

Bos-bos pembangkang cukup marah jika orang bercakap memberi gambaran yang negatif ini atas alasan ia taktik politik cuba menakut-nakutkan.

Mahu tak mahu dari rentak tari mereka bibit-bibitnya sudah jelas terbentang didepan mata.

Dan..kerapuhan kuasa politik Melayu di negara ini yang boleh menyebabkan ' kampong tergadai' dengan sendiri akan mengundang pelbagai risiko.

Siapa nak jawab?...Anwar...Hadi?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...