CAKAP TAK SERUPA BIKIN INI LAH DIA ORANGNYA
Sehari dua lepas media dan blog picisan pro pakatan pembangkang yang sebahagian besarnya terdiri daripada pengikut tegar dan totok kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah menyebarkan berita angin kononnya Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Hulu Terengganu telah membuntingkan anak tiri sendiri sehingga melahirkan anak.
Sumber yang mereka guna pakai untuk menyebarkan berita tersebut datangnya dari seorang pemimpin PAS, Kamaruzaman Abdullah yang dipanggil oleh totok PAS sebagai USTAZ dan kini adalah Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu.
Penulis percaya ketika pemimpin Dewan Pemuda PAS itu menceritakan kisah bisikan tersebut kepada hadirin berkembang rasa bangga di hatinya kerana menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sedemikian. Itu normallah, berita sensasi dan hot tentulah ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan.
Sebelum ini, kisah sumbang mahram dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang dari Pahang dan penulis percaya kisah sumbang mahram yang di bawa oleh pemimpin PAS ini tentulah ada matlamat disebaliknya sama ada untuk meneutralkan impak negatif sebelumnya atau sekadar untuk mencemar imej lawannya.
Berita selanjutnya baca DISINI