Translate

19/08/2012

“Janji” Singkirkan Ambiga Dan Bershit Dari Himpunan..?

pak janggut ambiga
Nampaknya gerakan memburuk-burukkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipercayai didalangi pihak pembangkang mula menjarakkan diri dari Ambiga Sreevenasan yang dilihat menjadi liabiiti besar di dalam propaganda jahat mereka selama ini.

Setelah puas memperkuda dan mempergunakan Ambiga di dalam beberapa siri Bershit yang menyusahkan rakyat di negara ini, gerakan pembangkang mula menyisihkan Ambiga apabila bertindak “mufaraqah” dari tokoh LGBT itu pada himpunan “Janji”.

Pada mulanya, kecoh mereka membuat sidang akhbar menyatakan mahu berhimpun di Dataran Mereka pada waktu yang sama sambutan Hari Kemerdekaan disambut pada 31 Ogos dengan tema “Janji Bershit”.

Beriya-iya Pak Samad Janggut berucap memberi kenyataan berapi tentang himpunan “Janji Bershit” itu.

Tapi kemudiaannya setelah kurang mendapat sambutan dari puak-puak yang selalu buat kacau bersama mereka di jalanan, mereka ubah pula tarikh himpunan tersebut kepada 30 Ogos, sehari semalam sebelum tarikh kemerdekaan.

Malah yang terbaru semalam, kumpulan “Janji” itu telah membuat kenyataan “flip-flop” kononnya menafikan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan gerakan yang dikepalai oleh Ambiga itu.

Angin tak ada, ribut tak ada, tiba-tiba gerakan NGO-NGO yang membawa dakyah pembangkang itu menukar tema “Janji Bershit” kepada “Janji Demokrasi” pulak! Kalau Sathiya tahu, mungkin dia akan bertanya, “sudah tukar ka?”!

Persoalannya, mengapa secara tiba-tiba mereka bertukar tema? Apakah mereka cuba menjarakkan diri dari Ambiga yang dilihat telah rosak reputasinya kerana terbabit dengan gerakan murtad dan menyokong golongan LGBT?

Selain itu, apakah tindakan menukar segala perancangan yang dilihat didalangi oleh pihak “Bershit” itu telah “dicantas” oleh pihak Pakatan Rakyat yang dipercayai dibiaya oleh Anwar Ibrahim?

Atau mungkin pihak pengajur himpunan itu kini semakin sedar bahawa tindakan mereka cuba mensabotaj perayaan sambutan Hari Kemerdekaan itu merupakan satu tindakan yang “back fire” di mana ia telah mencetus kemarahan masyarakat Malaysia?

Artikel selanjutnya sila baca DAN KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...