Translate

15/07/2012

POK NIK AJIS EDAR TV PAS KE PERKAMPONGAN ORANG ASLI ???


Orang Asli Pedalaman Gua Musang Kini Boleh Tonton Siaran TV Lebih Jelas.


GUA MUSANG, 14 Julai (Bernama) -- Masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman di Parlimen Gua Musang, kini berpeluang menyaksikan siaran televisyen yang jelas secara percuma melalui kemudahan Astro.

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dengan kerjasama Astro menyumbang 405 unit televisyen dan decorder untuk dipasang di rumah dan pusat tumpuan masyarakat itu seperti di balai raya yang membolehkan mereka menonton siaran melalui 18 saluran.

Pemasangan dibuat secara berperingkat dengan keutamaan diberi kepada rumah dan balai raya yang mempunyai bekalan elektrik yang diperoleh melalui sistem tenaga solar dan generator yang disediakan kerajaan persekutuan.

Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah merasmikan majlis agihan televisyen dan decoder itu kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, kira-kira 90 km dari sini.

Bercakap kepada pemberita, Tengku Razaleigh berkata kemudahan itu akan membolehkan masyarakat Orang Asli di sini mendapat maklumat dan penerangan yang lebih jelas mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan.

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...