Translate

13/07/2012

PAS SELANGOR PATUT LIHAT DALAM KAIN SENDIRI APA YANG ADA ???

Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman sepatutnya mengambil berat masalah yang timbul di Negeri Selangor, Kedah dan Kelantan bukannya di Johor !!!

Hudud sepatutnya telah lama dilaksanakan oleh PAS diketiga-tiga buah negeri.

SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong penuh cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya Johor melaksanakan hukum hudud.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, sekiranya Johor mempunyai kemampuan untuk laksanakan, Pas tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu.

"Saya sokong usaha tersebut, Pas tidak mampu laksanakan di Kelantan kerana ada halangan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian apabila ditanya berhubung cadangan Adun Kemelah untuk menjadikan Johor, negeri pertama laksana hukum hudud.

Dr Rani berkata, sekiranya hukum hudud mahu dilaksanakan, rakyat perlu memahami sepenuhnya hukum terbabit, ini kerana bukan orang bukan Islam sahaja tidak memahami hukum hudud, masih ada umat Islam yang tidak memahaminya.

Katanya, hukum hudud bukan satu keutamaan bagi PR, walaupun dalam Pas, ianya jadi agenda utama.

“Kita ambil pendirian sama seperti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bahawa hukum hudud bukan satu keutamaan bagi PR.

“Jika kita menang Putrajaya sekalipun, hukum hudud tidak boleh dilaksanakan terus, sebaliknya PR perlu utamakan proses pemahaman konsep sebenar hukum terbabit kepada kesemua rakyat di negara ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...