Isnin, 23 Julai 2012

KETOKOHAN YANG BIADAP DAN KURANG AJAR


Pra-Ramadhan: Nik Abduh Tuduh UMNO Sembah Syaitan?


Di saat umat Islam di Malaysia sedang di dalam “mood” mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan, anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Aziz cuba mencipta kekecohan apabila menghasut rakyat Malaysia untuk menyerang dan merampas kuasa kerajaan di Putrajaya.

Nik Abduh yang merupakan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS di dalam ceramahnya di salah satu siri Himpunan “katak” Hijau PAS Ke Putrajaya baru-baru ini mendakwa Allah telah memilih para penyokong PAS untuk merampas kuasa yang kini dimiliki BN.

Agak keras kenyataannya apabila menyatakan lagi bahawa mereka-mereka yang berbaju hijau (PAS) menyembah Allah manakala mereka-mereka yang memakai baju biru (BN) pula menyembah syaitan laknatullah.

Saya tertanya-tanya, fatwa atau ajaran siapakah yang Nik Abduh bawa sehingga dia tergamak berkata demikian?

Pada pandangan saya, sekiranya ada mana-mana individu atau pemimpin dari UMNO/BN yang berkata demikian di negeri-negeri jajahan Pakatan Haram seperti di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor, sudah tentu dia akan dituduh sebagai pelampau.

Malah secara ekstrimnya, adalah tidak mustahil untuk PAS menjadikan insiden itu sebagai isu dan mendesak agar pihak Kementerian Dalam Negeri menahan individu berkenaan atas dakwaan di bawah akta hasutan membabitkan soal keselamatan dalam negeri.

Saya ingin bertanya kepada anak Nik Aziz itu, sekiranya pemimpin Pemuda UMNO di Kelantan misalnya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata bahawa para penyokong UMNO akan menyerang dan merampas kuasa Kerajaan PAS Negeri Kelantan, apa yang akan dia kata?

Rasanya, sudah tentu satu laporan polis akan dibuat oleh Nik Abduh mendakwa pihak UMNO berura-ura untuk mengancam kerajaan pimpinan ayahnya yang dimenangi secara demokratik.

Saya faham bahawa Nik Abduh merupakan lulusan dari universiti di Timur Tengah. Namun usahlah dibawa budaya buruk menggulingkan kerajaan di negara-negara di sana di Malaysia kerana senario politik dan budaya kita di sini amat berbeza.

Paling menyedihkan, sanggup dia katakan bahawa umat Islam yang menyokong BN menyembah syaitan? Astaghfirullahilazim…

Artikel selanjutnya sila baca dan KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...