Translate

25/06/2012

Tindakan tegas perlu diambil keatas penganjur perhimpunan anti-lynas

Lynas_protest_MALAYSIA

Perhimpunan Anti-Lynas tidak ikut peraturan


KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini kesal dengan tindakan penganjur Himpunan Anti-Lynas yang mengadakan perhimpunan aman di kawasan perindustrian Gebeng di sini kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk menggunakan kanak-kanak sebagai peserta.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusof berkata, walaupun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku namun pihaknya kesal kerana perhimpunan itu dilakukan di kawasan yang tidak sesuai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer di kawasan berkenaan.
"Penganjur (Anti-Lynas) boleh buat bantahan tetapi perlu guna cara yang betul. Macam yang kita lihat hari ini mereka telah melanggar beberapa peraturan iaitu mengadakan perhimpunan di jalan raya sehingga jalan di sini sesak.
"Mereka juga sepatutnya menghantar permohonan untuk mengadakan perhimpunan 10 hari sebelum ia dilaksanakan tetapi mereka hanya berbuat demikian dua hari sebelum ini," katanya.
Beliau menganggarkan, kira-kira 800 orang awam termasuk beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis sosial berkumpul di simpang masuk utama kawasan perindustrian itu pada pukul 11 pagi tadi bagi menyatakan protes terhadap kilang pemprosesan nadir bumi itu.
Antara pemimpin pembangkang yang hadir, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabun, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said (Sasterawan Tak Sedar Diri dan Tidak mengenang budi ) dan aktivis sosial Hishamuddin Rais. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...