Kanak-kanak maut tertembak didahi
KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak, Muhammad Faris Faizal Noor Hissham,
7, mati akibat tertembak di dahi setelah menyangka pistol milik datuk
saudaranya adalah pistol mainan.
Dalam kejadian di rumah nenek mangsa di Ketereh malam tadi, bapa
saudara mangsa, Helmi Ghazali, 32 mengalami cedera parah ekoran peluru
yang menembusi dahi mangsa, terkena dadanya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, kejadian
berlaku pada pukul 9 malam selepas selesai majlis kenduri ibu saudara
mangsa.
"Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas itu
disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke Klinik Kesihatan Ketereh,
manakala Helmi, seorang kerani sekolah dilaporkan stabil dan dirawat di
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini," katanya pada
sidang akhbar di sini hari ini.
Jalaluddin berkata, ketika kejadian, datuk saudara mangsa yang juga
pemilik pisto berkenaan sedang menunaikan solat Isyak dan senjata api
berkenaan disorokkan dalam laci sebuah meja namun malangnya ia ditemui
mangsa. - BERNAMA