BANYAK sudah gambar-gambar, video dan entah apa lagi bahan bukti yang menunjukkan bahawa rusuhan Bersih 3.0 dicetuskan oleh penyokong pembangkang, lebih tepat lagi Unit Amal PAS yang merempuh halangan polis.
Sebelum itu, polis langsung tidak bertindak kerana perusuh tidak merempuh halangan tersebut, penulis ada di lokasi, penulis tahulah.
Ini adalah tanda bahawa pemimpin pembangkang tidak langsung berminat dengan bukti, tidak kira sejelas mana.
Ambiga sebagai Pengerusi Bersih 3.0 sendiri pun mengakui kecewa dengan tindakan perusuh merempuh halangan polis tapi 3-4 ekor yang diatas sama masih lagi dok main pembohongan yang sama – polis punca rusuhan.
Nik Aziz yang tidak ada disitu pun boleh beri komen jugak, itu yang kelakarnya.
Begitu juga dengan halnya apabila Anwar menafikan ada mengeluarkan arahan untuk perusuh merempuh sekatan.
Penulis adalah antara yang pertama melapurkan pada hari kejadian bahawa Anwar telah mengarahkan perusuh merempuh sekatan setelah selesai menunaikan sembahyang Zuhur pada Sabtu lepas, tanyalah kepada semua yang ada disitu pun, memang itulah arahannya.
Baca seterusnya disini: Klik Segera