Translate

15/05/2012

Tunku Aziz Umum Keluar DAP - Parti Perkauman yang serious

alt
KUALA LUMPUR 14 Mei - Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz mengumumkan perletakan jawatan keahlian DAP berkuatkuasa hari ini.

Beliau membuat keputusan tersebut susulan perbezaan pendirian yang tidak selari dengan beberapa Pimpinan Tertinggi Parti tersebut.

Tunku Aziz yang telah ditemubual bersama sebuah rancangan bual bicara yang disiarkan menerusi NTV7 sebentar tadi turut mengumumkan  tempoh perkhidmatannya sebagai senator akan berakhir 31 Mei ini dan tidak akan disambung.
 
"Saya fikir sudah sampai masa bagi saya mengambil pendirian tegas mengenai kedudukan saya dalam parti. Saya akan berhenti daripada menjadi ahli DAP," katanya lagi.

Tunku Aziz telah mencetuskan kontroversi sebelum ini dengan membuat kenyataan media tidak bersetuju dengan keputusan menganjurkan Perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka kerana para peserta yang terlibat bakal berdepan dengan risiko yang amat tinggi dalam soal keselamatan.

Tindakan beliau telah diselar beberapa Pimpinan Pakatan termasuklah dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...