29 Apr 2012
LUAR NEGARA
Bersih 3.0 jadi huru-hara...
"SATU perhimpunan yang dimulakan dengan aman dan harmoni berakhir dalam keadaan huru-hara, semalam.
Ini selepas pihak polis antirusuhan Malaysia bertindak tegas dengan menembak gas pemedih mata dan menyembur air kimia ke arah ribuan penyokong sebuah kumpulan pengawasan pilihan raya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, sedang mereka cuba memecahkan sekatan dan cuba masuk ke kawasan awam itu.
Keadaan menjadi kucar-kacir apabila segelintir penyokong Bersih cuba memecahkan sekatan-sekatan terdiri daripada dawai duri untuk cuba masuk ke kawasan dataran itu.
Para pemimpin Bersih dan parti politik pembangkang yang menyokong perhimpunan 'Duduk Bantah' itu, termasuk Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenivasan; Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Kit Siang; dan Naib Presiden PKR, Cik Nurul Izzah Anwar, terpaksa dilindungi para penyokong meninggalkan tempat itu.
Suasana kawasan sekitaran dataran itu menjadi kacau dengan para pembantah bertempiaran lari untuk mengelak daripada 'serangan' gas pemedih mata dan semburan air kimia.
Beberapa orang dilaporkan cedera manakala laporan-laporan yang sukar disahkan mengatakan seorang maut akibat trauma ekoran tindakan keras polis itu.
Sebuah kereta polis pula dilihat diterbalikkan dan dipecahkan cermin depannya oleh para pembantah berdekatan pusat membeli-belah Sogo dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman.
bersambung dan Klik Disini dan Klik Disini