PENULIS sebenarnya benar-benar tidak
faham dengan Pakatan haram pembangkang. Sejak Anwar ‘berjaya’
meloloskan diri dari kecaman ahli-ahli partinya dengan taktik ‘looks
like me but not me’, semakin galak pulak pemimpin Pakatan haram yang
lain mengikut jejak yang sama.
Seronok melakukan perkara terkutuk tersebut tanpa ragu-ragu dan takut-takut seperti dulu. Maklumlah, sudah ada precedent case yang boleh dijadikan rujukan untuk mengatakan bukan dia yang terlibat (walaupun terakam).
Sebelum itu pun kita dah digemparkan
dengan skandal ‘mengangkang’ Elizabeth Wong. Itu pun lepas juga tapi
tak guna taktik macam Anwarlah, nak guna macam mana, terang-terang muka
dan ‘kemaluannya’ yang ditayangkan milik dia.
Manakala lelaki yang terlibat ditaja
duduk di luar negara secara haram, pasport dan KTP (kartu tetap penduduk
@ kad pengenalan), semuanya disediakan. Macam itulah cara Pakatan
haram mendiamkan perbuatan salahnya, ini pun masih ramai yang gila babi
menyokong, betul tak faham.
Soalan penulis, kenapa semua ini boleh
berlaku? Apa sudah jadi dengan Pakatan haram sekarang? Takkanlah tidak
ada langsung sedikit pun rasa bersalah kerana terlibat dalam perilaku
moral yang seumpama ini?
Yang penulis diberitahu, ramai yang
terlibat ini (kecuali sorang), bukan muda-muda lagi, malah ada tu yang
umurnya dah cecah 60-an pun masih ligat cari pelacur, terutama dari
China (China doll).
Semua ini sebenarnya menanti masa untuk
didedahkan. Dedah sekarang pun terlalu awal, malah bagi peluang untuk
yang terlibat mencari alasan menafikan, kalau tidak mendiamkan diri dari
sebarang publisiti. Kadang-kadang dia tampil juga, tapi
walaupun batang tubuhnya ada disitu, mulutnya terkunci rapat.
Takut-takut ada pulak soalan yang menjurus ke situ.
Baca lagi dan KLIK DISINI