Jumaat, 20 April 2012

Polis ambil keterangan MP Hulu Selangor berhubung isu biadap di Istana Negara

pr-agong-kamal
Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan sudah memberi keterangan kepada polis, Khamis  berhubung dakwaan beberapa ahli parlimen pembangkang berkelakuan biadap ketika majlis pertabalan Yang di-Pertuan Agong  di Istana Negara, minggu lalu.

Bercakap kepada Agendadaily, beliau menceritakan apa yang berlaku pada majlis itu kepada pegawai polis yang mengambil keterangannya di Parlimen, tengahari tadi.

Kamalanathan berkata, beliau dihubungi polis semalam.

“Mereka datang hari ini dan dalam masa sejam saya beri penjelasan terperinci apa berlaku hari itu. Saya berikan kerjasama dan sahkan apa yang dengar apa dua ahli parlimen pembangkang yangtidak memberi penghormatan sewajarnya kepada institusi raja-raja,” katanya.

Sebelum ini, Kamalanathan mendedahkan kepada Agendadaily mendengar ahli parlimen PKR Gombak Azmin Ali dan ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad bercakap unsur-unsur menghina Perdana Menteri, timbalannya serta beberapa orang raja-raja ketika majlis tersebut.

Isu ahli parlimen pembangkang bersikap menghina raja-raya Melayu itu didedahkan Dr Rahman Kadir, pegawai perubatan yang bertugas ketika istiadat tersebut.

Sementara itu difahamkan dua wartawan Utusan Malaysia, Mohd Asron Mustapha dan Mohd Rafie Azimi diambil keterangan oleh polis semalam, menurut laporan akhbar tersebut hari ini.

Polis turut menyiasat Dr Rahman – sumber yang dipetik kenyataannya dalam laporan wartawan terbabit, menurut laporan itu lagi..

Selain itu, laporan yang memetik sumber hari ini menyebut bahawa polis telah mengenalpasti tindakan yang dilakukan oleh pemimpin berkenaan semasa istiadat 11 April itu berlangsung.

Polis juga telah menerima 40 laporan polis berhubung tindakan "mempersenda dan mengejek" itu, menurut laporan itu.-19/4/2012

Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...