Translate

02/04/2012

Mustafa dipaksa pertahan Anwar?



KUALA LUMPUR 1 April - Tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menimbulkan kehairanan pelbagai pihak.

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Mustafa dalam mempertahankan Ketua Pembangkang itu dilihat luar biasa dan boleh dipertikaikan niat sebenar beliau.

Katanya, ramai pihak kini tertanya-tanya sebab utama Mustafa berbuat demikian dan adakah beliau sebenarnya dipaksa oleh puak Anwarinas dalam Pas ataupun kerelaannya sendiri.

"KITA ingin bertanya apakah Mustafa tidak setuju dengan kenyataan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris?

"Adakah Mustafa tidak setuju terhadap seruan agar umat Islam menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual kerana amalan tersebut dilaknat Allah?" soalnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mustafa yang mempertahankan Anwar dalam percubaan mencabar kredibiliti Ketua Pembangkang itu di Dewan Rakyat dengan menyifatkan perkara tersebut tidak sepatutnya ditimbulkan.

Jelas Zamil, sebagai pemimpin tinggi dalam Pas, Mustafa perlu jujur dalam perjuangannya dan tidak menjadikan telunjuk puak Anwarinas sebagai rujukan utama untuk menyatakan pendirian politik beliau.
"Jika Mustafa dipaksa membuat kenyataan tersebut, adakah ia disebabkan kelebihan puak Anwarinas yang memegang segala rahsia sulit beliau?" ujarnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...