Translate

28/04/2012

Apa Impikasi BERSIH 3.0..?

Ada pendapat mengatakan jika BERSIH 3.0 terpaksa dilakukan bermakna BERSIH 2.0 sudah gagal.
Namun, jika BERSIH 3.0 juga gagal, adakah perlu dianjurkan lagi BERSIH 4.0, BERSIH 5.0 dan seterusnya.
Walau bagaimana pun terlalu subjektif untuk menakrifkan sesuatu itu ‘gagal’, sepertimana begitu subjektif untuk menakrifkan BERSIH 3.0 itu ‘berjaya’.
‘Gagal’ atau ‘Berjaya’ dari sudut apa ?
Jika penganjuran demonstrasi BERSIH 3.0 dianggap sebagai kemuncak terhadap ugutan, jadi selepas BERSIH 3.0, adakah bermakna ugutan seterusnya tidak perlu kerana anti klimaks ?
Mengulangi perkara yang sama dalam tempoh satu penggal, membuatkan rakyat terpaksa membuat perbandingan antara BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.
Pastinya ada penilaian satu lebih baik daripada yang satu lagi, juga tidak boleh ditolak andaian ada yang akan berkata tidak perlu yang ketiga kerana ia akan menjadi ‘terlebih sudah’.
Ada pepatah Melayu mengatakan ‘jangan sampai cacing naik ke mata’, jadi kepada yang bukan Melayu elok dibuka kamus peribahasa Melayu itu.
Itupun kalau masih berpijak di bumi nyata yakni masih sedar ini adalah Tanah Melayu. Kalau sudah mula berfantasi di alam fatamorgana terpulanglah.
Penyokong BERSIH mungkin bergembira kerana mereka berjaya melakukan demontrasi, namun bagaimana pula perasaan majoriti rakyat yang tidak menyertai BERSIH.
Sudah tentu bilangan yang menyertai BERSIH jauh lebih sedikit dengan jumlah rakyat yang tidak menyertai BERSIH.
Jika ditafsirkan majoriti rakyat yang tidak menyertai BERSIH bermakna mereka tidak menyokong Pakatan Rakyat (PR), bermakna ini memberi wrong signal kepada parti pembangkang.
Namun itu hanya tafsiran, begitu juga ‘kejayaan’ penganjuran BERSIH 3.0 hari ini juga merupakan satu tafsiran.
Yang pasti, antara penganjuran BERSIH dengan pemilihan di peti undi adalah dua perkara yang berbeza.
Apa implikasi BERSIH 3.0 ? Pastinya persoalan ini menimbulkan polemik panjang terutamanya di kalangan ahli-ahli PR sendiri.
Sumber:aidc

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...