Khamis, 29 Mac 2012

TAUFAN DAN GELOMBANG BESAR AKAN MELANDA MALAYSIA DALAM DUNIA POLITIK ???

nallabiseksuallead

Bagaikan drama bersiri, sidang media kali ketiga Senator Datuk S Nallakarupan semakin padat, mendebarkan dan penuh suspen. Kali pertama Datuk Nalla tampil seorang, kali kedua Sabtu lalu bersama Senator Ezam Mohd Nor, Anuar Shaari dan Ummi Hafilda.

Petang Rabu, di tempat yang sama, Hotel Grand Season Kuala Lumpur jumlah bekas pemimpin PKR yang hadir menyokong pendirian Datuk Nalla semakin ramai.


Kali ini ada tiga ahli Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin dan N Gobalakrisnan turut serta, selain bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim, bekas ahli pengasas PKR, Ng Lum Yong, bekas Naib Ketua Pemuda Zahid Md Arip dan ramai lagi.

nallaad300

Turut serta dalam sidang akhbar hari ini adalah peguam terkemuka Datuk Seri Shafie Abdullah yang dinamakan sebagai peguam utama Nallakarupan menghadapi saman yang baru difailkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Sidang akhbar tersebut turut menarik minat pihak media, di mana lebih 50 kerusi yang disiarkan penuh, dengan wartawan dan jurugambar.

Nalla yang memulakan sidang akhbar tepat jam 2.45 petang berkata beliau tahu sebab utama Anwar menyamannya adalah kerana kenyataan beliau bahawa tiada peruntukan dalam perlembagaan seorang biseksual boleh jadi Perdana Menteri atau Ketua Pembangkang.

nala-pc

“Saya tetap dengan pendirian saya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun,” katanya.

Bekas rakan tennis Anwar itu menegaskan bahawa beliau tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu juga seorang biseksual sebagai pemimpin.

“Saya mahu perbicaraan (kes saman) dimulakan segera sebab saya mahu rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.
Image Detail
“Saya yang disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit tersebut. Saya juga akan beritahu hasil yang diperolehi Shamsidar dan Anwar dari perhubungan sulit tersebut,” katanya.

Sementara itu, peguam utama Nalla, Datuk Seri Shafie Abdullah, kata sehingga waktu sidang akhbar itu Nalla belum menerima writ saman tersebut yang difail oleh peguam Anwar di mahkamah pada Isnin lalu.

Image Detail

“Sebaik dilantik sebagai peguam kepada Datuk Nalla, saya akan menulis surat kepada firma guaman yang mewakili Anwar, tidak payah susah-susah, mereka boleh terus menyerahkan writ saman tersebut kepada firma saya,”katanya.

Beliau menjangkakan paling cepat kes saman tersebut boleh dibicarakan di mahkamah sekitar dua hingga tiga bulan jika semua pihak memberi kerjasama penuh.

Image DetailImage Detail

Ditanya apakah beliau yakin boleh menang dalam kes ini, dengan bersahaja kata Shafie, berdasarkan bukti-bukti yang ada pada Nalla, beliau yakin boleh menang.

Bagi Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim, kehadiran beliau bersama teman-teman di dalam sidang akhbar Nalla tersebut sebagai bukti sokongan terhadap pendedahan Nalla.
Image Detail

“Kami akan turun padang bersama-sama selepas ini untuk menjelaskan kepada rakyat,” kata beliau yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang keluar parti dua tahun lalu.

Ahli parlimen Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Nordin pula berkata, sebagai bekas peguam Anwar dalam kes liwat pertama, beliau merupakan peguam penghubung antara Anwar dan  Nalla.



“Saya boleh sahkan mereka memang rapat,”katanya yang enggan menyentuh soal-soal lain dalam kes liwat pertama tersebut.

Dan bagi ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrisnan, beliau kecewa apabila membaca komen-komen di blog pembangkang yang antara lain persoalkan “so what (peduli apa) dengan kecenderungan seksual anwar?”
Image Detail

Bagi bekas panglima perang PKR itu, moral merupakan perkara penting apabila mahu melantik pemimpin dan PKR kini berbeza dengan PKR yang pernah beliau sertai dulu.

Sementara itu, ahli pengasas PKR, Ng Lum Yong, berkata saman yang dihadapi oleh Nalla ini bukan saman Anwar lawan Nalla tetapi Anwar lawan rakyat yang mahu tahu kebenaran.

Image Detail

“Kita semua rakyat yang mahu tahu kebenaran cerita-cerita ini, saman ini antara Anwar dan rakyat,”ujarnya.

Manakala, bagi bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim pulak, gelombang yang dibawa oleh Nalla apabila mencabar Anwar menyamannya akan akan bertukar menjadi taufan yang akan menjatuhkan Anwar.

“Sedikit demi sedikit kebenaran akan terungkap apabila gelombang bertukar menjadi taufan,” katanya.

Image Detail

Zahid Md Arip  pula dengan nada menyindir berharap Anwar tidak lagi cuba 'berlindung' di sebalik nama besar ulamak Yusof Al-Qardawi dalam menghadapi kes biseksual ini.

Ummi Hafilda mengulangi cabarannya agar Azmin Ali segera menyamannya kerana mendakwa isteri abangnya, Shamsidar ada skandal dengan Anwar.

Katanya kali seluruh anggota keluarga mereka akan ' turun padang' untuk beri keterangan.-28/3/2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...