Translate

18/03/2012

Syabas dan Tahniah - Kerajaan Terengganu Batal Pinjaman 6 Pelajar Pendemo Bersih, Auku. Saya SOKONG !

Image Detail
Gambar hanya hiasan
 Kerajaan Terengganu telah menarik balik pemberian pinjaman kepada enam anak negeri yang belajar di Mesir, selepas didapati terlibat dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 di ibu negara tahun lepas.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tindakan itu diambil selepas kerajaan negeri tidak berpuas hati dengan penjelasan pelajar terbabit ketika menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan Terengganu.
"Kita biayai mereka untuk pergi belajar, bukannya untuk terlibat dengan demonstrasi atau perkara yang tidak diingini,"

Mengulas lanjut, Ahmad berkata pelajar berkenaan didapati terlibat dalam perhimpunan haram Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas dan perhimpunan membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) awal tahun ini.

"Kerajaan negeri berharap tindakan ini akan menjadi pengajaran kepada yang lain agar tidak terbabit dengan kegiatan tidak sepatutnya,"  

Beliau bagaimanapun berkata, kesemua pelajar terbabit termasuk seorang penuntut tahun tiga jurusan perubatan boleh membuat rayuan kepada kerajaan negeri.

"...kita lihatlah nanti," katanya. Sinar 

Saya SOKONG tindakan kerajaan Terengganu ini ! Pelajar2 itu mungkin terlepas dari hukuman pihak berkuasa dek kelembutan mereka yang bertanggungjawab dalam menguatkuasa undang2 negara. Tapi mereka juga perlu menjawap kepada pihak yang telah mengambil risiko membantu dengan memberi pinjaman pendidikan kepada mereka.

Mereka perlu memenuhi tanggungjawap yang lebih utama ketika ini - iaitu menjadi pelajar sebaik mungkin dan menghindari dari terlibat dengan sebarang akitiviti yang langsung tidak memberi sebarang faedah kearah itu. Sekiranya tindakan tidak diambil, dikhuatiri kes mereka ini akan dicontohi oleh pelajar lain.

Mereka boleh menyertai politik selepas tamat belajar ... 4-5 tahun lagi ? Selepas itu mereka boleh berpolitik berpuluh tahun seterusnya sampai mati, takde siapa kisah. Takkan itu pun tak boleh bersabar ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...