Khamis, 29 Mac 2012

Kapal perang KM Sipadan kini bersemadi di dasar lautan

TUKUN KAPAL. Selepas sekian lama berbakti sebagai sebuah kapal perang dan peronda bagi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara, Kapal Maritim (KM) Sipadan akhirnya bersemadi di kawasan taman laut Pulau Tioman, Pahang semalam.

Kapal KM Sipadan merupakan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia pada 1964 dengan nama KD Sri Sarawak sebelum diserahkan kepada pasukan Maritim Malaysia pada 2005.
Khidmat kapal berusia 48 tahun itu berakhir dalam masa 40 minit setelah ditenggelamkan untuk dijadikan sebuah tukun rekreasi.
Ketua Maritim Daerah Kuantan, Kapten Maritim Abdul Aziz Idrus berkata, kapal tersebut didapati tidak lagi sesuai digunakan berikutan kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi.
Katanya, peristiwa itu pula merupakan satu detik bersejarah kerana pertama kali sebuah kapal perang negara ditenggelamkan bagi menambahkan lagi kawasan biodiversiti marin di Pulau Tioman.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...