Translate

27/03/2012

DAP DAN PAS BERPERANG DI KEDAH MEREBUT KERUSI !!!


Nampaknya semakin teruk Menteri Besar Kedah ‘dibelasah’ para pemimpin Pakatan Rakyat. Setahu saya, pemimpin UMNO/BN pun tidak diserang sebegini hebat oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.

Terbaru, Azizan telah ‘ditempeleng’ hebat oleh Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, yang mengugut Boss PAS Kedah itu memberikan lebih banyak kerusi kepada mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) nanti.


Guan Aik berkata, jika Azizan enggan memenuhi kehendak DAP itu, maka mereka bersedia untuk ‘berperang’ dengan PAS Kedah dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

DAP Kedah kata, mereka kini sudah lebih besar dan kuat pengaruh kerana mendapat sokongan dan galakan hasil kekuatan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng.

Jadi, DAP yang sebelum ini yang hanya diberikan kuota untuk bertanding satu kerusi DUN di negeri itu dikatakan wajar diberikan lebih banyak kerusi untuk dipertandingkan bagi menentukan keseimbangan dan perkongsian kuasa.

Masalahnya, mahu ke Azizan turut kehendak DAP itu? Sebelum ini, Azizan sudah marah-marah dan bertegas depan media bahawa dia takkan berikan lebih banyak kerusi kepada DAP. Katanya kuota DAP hanya satu kerusi di Kedah, maka ia kekal satu kerusi saja.

Biasanya, kalau depan media pun Azizan marah-marah begitu, apatah lagi di belakang media. Dia memang terkenal dengan panas baran! Khabarnya, Azizan “bad mood” sepanjang hari kerana kenyataan dari DAP Kedah tu. Dia mengamuk teruk! Habis di maki hamunnya DAP hari ni…

Kalau difikirkan mengenai isu minta kerusi ini, mungkin kita fikir Azizan akan menang. Tapi betul ke?

Masalahnya, Azizan kini dikawal “Pemandu”. Dalam hal politik di Kedah, mungkin Azizan boleh menang. Tapi kalau isu ini di bawa ke peringkat Pusat, dah tentu Azizan akan dikalahkan “Pemandu”. Maklumlah, “Pemandu” Azizan ni memang dikuasai sepenuhnya oleh Anwarinas pun…

Bila “Pemandu” campur tangan, mereka akan “racun” dan paksa Hadi Awang untuk keluarkan “wahyu”. Kalau Hadi enggan keluarkan “wahyu” yang menyebelahi “Pemandu”, maka mereka akan minta pula Nik Aziz keluarkan “fatwa”. Hadi akan “checkmate” kalau Nik Aziz keluarkan “fatwa”…

Jadi, mahu atau tidak, Hadi akan ikut kata “Pemandu”. Bila Hadi keluarkan “wayhu” pada Azizan, maka Azizan terpaksa menurut. Dia terpaksa mengaku kalah dan angkat bendera putih. Sama seperti Hasan Ali, golongan pro-ulama peninggalan arwah Ustaz Fadhil Noor akan tewas lagi…

Dijangka, PAS akan kehilangan banyak kerusi pada PRU13 ini dan kuota PAS akan diberikan kepada DAP Kedah. PAS bertanding di 24 DUN sebelum ini dan PKR hanya bertanding di 11 DUN. PAS menang 16 kerusi DUN dan PKR menang 4 DUN.

Dikatakan bahawa PAS Pusat takkan berani kacau kuota PKR kerana takut pada Anwar dan Azmin. Lagipun, PAS takut sangat PKR ‘potong elaun’ mereka pada PRU13 ni. Jadi mahu tak mahu terpaksalah mereka mengorbankan kerusi DUN milik PAS.

Dari 24 DUN pada PRU12 sebelum ini, PAS mungkin hanya akan bertanding di 16 DUN yang dimenangi sahaja pada PRU13 kali ini. Jadi, PAS ada 16 DUN, PKR bertanding di 11 DUN dan DAP pula bertanding di 9 DUN di Kedah. Kedah mempunyai 36 DUN semuanya.

Persoalannya, mampu ke Pakatan Haram menang lagi kalau letak calon DAP di Kedah? Rakyat Kedah boleh terima ke pemimpin DAP jadi wakil rakyat mereka? Sedangkan anak Khir Johari yang “Melayu” masuk DAP tu pun digelar “Melayu murtad”, apatah lagi orang bukan Islam. Kedah ni lain macam sikit budaya politiknya…

Apa pun, kita tengok sampai bila Azizan boleh bertahan dengan “konspirasi peringkat tertinggi” (pinjam ayat Anwar) Pakatan Haram yang mahu menjatuhkannya. Dia tu dah la tak sihat, teruk pula dihentam kiri kanan, atas bawah, depan dan belakang. Saya risau tergolek sebelum PRU13 saja…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...