Translate

06/03/2012

Cerita Terbaru Tentang Konflik Azizan Razak, MB Kedah!!


Kerajaan PAS Kedah semakin parah. 3 kaedah yang 'dipersetujui' jelas menunjukkan perpecahan serta ketidakpercayaan kepimpinan PAS Kedah terhadap kepimpinan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

3 kaedah tersebut ialah:

1. Azizan Razak kekal sebagai Menteri Besar Kedah.
2. Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh kembali menjadi Exco negeri.
3. Satu jawatankuasa pemandu ditubuhkan bagi memantau pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah.
3 kaedah yang 'dipersetujui' itu turut diterima oleh PAS Pusat dan sekaligus memperlihatkan Azizan Razak sebagai seorang Menteri Besar yang dimalukan kerana terpaksa tunduk kepada Exco-exconya.

Selama ini Azizan Razak dilihat kebal dan 'hanya mendengar arahan Hadi Awang sahaja' tanpa mempedulikan yang lain.

Yang menambahburukkan situasi ialah apabila Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh mengadakan sidang akhbar berasingan yang turut disertai oleh penyokong-penyokong mereka. Tindakan 'meraikan kejayaan' mereka dengan memberi kenyataan akhbar yang berasingan dilihat sebagai satu petanda kerajaan PAS Kedah tidak mungkin akan dapat berdamai.

Bagi pihak Azizan Razak pula, penubuhan jawatankuasa pemandu yang dijadikan rujukan utama di dalam kerajaan negeri merupakan satu tamparan yang menunjukkan beliau sekadar MB yang tidak dapat berbuat apa-apa walau pun bergelar Menteri Besar.

Tidak pernah di dalam sejarah politik negara sama ada kerajaan BN atau pun Pakatan Rakyat yang merendahkan nilai kuasa eksekutif seorang pemimpin tertinggi di dalam kerajaan tersebut.

Yang kita dengar ialah kuasa eksekutif pemimpin tertinggi kerajaan semakin bertambah seperti Lim Guan Eng DAP sehinggakan dianggap sebagai one man show di negeri Pulau Pinang.

Dek kerana itu, kroni tegar Lim Kit Siang itu semakin resah apabila skandal bilion ringgit wang rakyat dibongkar satu persatu. Dan sehingga ke hari ini, beliau gagal menjawab banyak persoalan besar yang dibangkitkan oleh rakyat Pulau Pinang.

Azizan Razak adalah Menteri Besar Kedah tetapi kuasa penentu ialah jawatankuasa pemandu negeri. Maksud mudah, Azizan Razak sudah hilang taring dan malu besar!

Dalam masa yang sama, timbul pula persoalan yang tidak didedahkan oleh kedua-dua pihak tetapi menjadi topik besar di kalangan orang politik di negeri Kedah. MiM akan dedahkan di atikel seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...