Translate

02/03/2012

ACE 115 untuk orang muda

SUBANG JAYA – Gabungan reka bentuk yang sporty seakan-akan sebuah skuter, memiliki ciri-ciri agresif dan tahan lasak seperti motosikal moped pada model terbaharu Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), ACE 115 dilihat sebagai formula terbaik untuk memenangi hati golongan muda.

Ditambah ciri-ciri penjimatan minyak dengan kemampuan mencatat perjalanan sejauh 250 kilometer untuk setiap isian minyak penuh dan harga mampu milik pada RM4,600, motosikal berenjin 120cc itu sangat sesuai bagi pengguna sasarannya, iaitu belia berumur antara 18 hingga 35 tahun.
ACE 115 merupakan model motosikal ke-16 yang diperkenalkan Modenas sejak syarikat motosikal nasional itu ditubuhkan pada tahun 1996.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...