Sabtu, 18 Februari 2012

PENGHIDUPAN DI KELANTAN SEMAKIN MENAKUTKAN RAKYAT

Image Detail
Gambar hanya hiasan saja

'Saya ditetak sebelum ditembak'

PASIR PUTEH 17 Feb. - Salah seorang lelaki yang ditembak di sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas awal pagi ini mendakwa, dia sedang tidur dalam rumah itu sebelum terjaga apabila seorang lelaki menetak tangan kanannya.

Azrin Mohd. Zin, 23, berkata, sebaik sahaja ditetak, dia cuba melawan, namun salah seorang daripada suspek yang menyerangnya melepaskan tembakan mengenai paha kanannya menyebabkan dia tersungkur ke lantai.

Azrin ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini berkata, ketika kejadian, sebahagian rumah terbakar dan dia percaya kebakaran itu sengaja dicetuskan oleh suspek yang masuk ke rumah.

"Sebaik sahaja menembak saya dan rakan saya, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta. Selepas itu barulah kami berusaha keluar dari rumah kerana api sudah merebak sehingga ke ruang tamu," katanya yang berasal dari Slow Machang, Pasir Mas.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi ini, rakan sekampungnya, Raihan Razali, 25, yang berada di dalam rumah itu turut cedera di kaki kiri akibat ditembak oleh suspek yang tidak dikenali.

Sementara itu, ibu Raihan, Rosidah Zakaria, 43, ketika ditemui di HTA berkata, dia tidak tahu di mana anaknya berada malam tadi dan cuma menyangka anak keduanya itu bermalam di rumah datuknya di Slow Machang.

Menurutnya, berita mengenai Raihan ditembak hanya diketahui selepas dia dihubungi seorang rakannya kira-kira pukul 8 pagi ini.

"Raihan baru dua tahun menamatkan pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, Pahang. Dia memang berkawan dengan Azrin yang makcik dimaklumkan sebagai penjaga rumah berkenaan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...