Jumaat, 17 Februari 2012

PAS TERENGGANU SUDAH KETANDUSAN IDEA / ISU - PERBAHARUI LAPORAN STADIUM RUNTUH (ISU LAPOK)


Sejak kebelakangan ini pemimpin tertinggi PAS diseluruh negara telah ketandusan idea/isu untuk menarik minat pengundi-pengundi. Kesemua mereka hanya mencari kesalahan peribadi secara individu demi untuk kepentingan politik yang kian pupus ditelan zaman, tidak seperti zaman Dato' Fadzil Nor. Rakyat sudah muak dan benci serta bosan dengan telatah pemimpin-pemimpin PAS ketika ini.

Sepatutnya PAS perlu memikir bagaimana untuk meningkatkan kewibawaan setiap pemimpin agar disenangi atau disayangi oleh masyarakat berbilang kaum, tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Telah menyimpang ke jalan yang memusnahkan diri sendiri. Hanya pandai bercakap dicorong-corong pembesar suara, tapi tidak pandai melaksanakannya. Kalau berceramah, bagai nak gila - hentam sana dan hentam sini. Adakah mereka-mereka ini tidak memikirkan apakah yang mereka perkatakan itu benar atau dituntut oleh agama. 

PAS sekarang tidak memikirkan masalah akidah, masalah gejala sosial, masalah agama, tetapi sebaliknya banyak menyerang hal-hal peribadi seseorang. Bangun tidur saja dah mula hendak mengata/menghina orang, dimana saja - dimasjid ke, diwarong kopi ke.


Insyallah Tuhan Maha Kaya dan Maha Mengetahui apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PAS ketika ini, tunggu dan lihat saja bala yang akan diturunkan ke atas mereka-mereka yang berdusta, menghina dan tidak menjalankan tanggungjawab untuk masyarakat. Terima elaun dari Kerajaan hanya untuk menunaikan perkara seperti yang dinyatakan diatas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...