Translate

29/02/2012

KETEGASAN MB SELANGOR HARUS DIPUJI - TIDAK MAHU TERLIBAT DENGAN MAKSIAT ????


AIDCNews – 28/02/12 –Antarapos melaporkan Dr Badrulamin Bahrom belum membuat keputusan untuk menerima “nasihat” pejabat Menteri Besar supaya beliau bercuti sebulan untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan berkhalwat dengan isteri orang.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Arfa’Eza Abdul Aziz yang mengeluarkan kenyataan mengenai nasihat untuk Badrulamin itu, mengesahkan beliau akan mengambil alih tugas-tugas Dr Badrul.
Kenyataan itu dikeluarkan sungguhpun peguam Badrulamin, Ahmad Nizam Abdul Hamid menjelaskan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat itu tidak menghadapi sebarang tuduhan dan tampil di Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) hari ini hanya untuk memberi keterangan.
Ditanya tindakan mengejut kerajaan negeri itu, Badrulamin berkata beliau belum membuat sebarang keputusan untuk bercuti sepertimana yang disarankan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Mstar melaporkan semalam Kerajaan Selangor tidak akan terlibat dalam isu khalwat yang mempunyai kaitan dengan Pengarah Komunikasi Pejabat Menteri Besar Selangor, Badrulamin Bahron.
“Kami tidak akan terlibat dalam perkara ini dan tidak mahu sebarang penjelasan daripada Dr Badrulamin,” kata Menteri Besar Selangor.
Badrulamin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR seperti dilaporkan Utusan Malaysia menyuarakan kesediaan berundur sekalipun didapati tidak bersalah sekiranya dengan langkah itu dapat menyelamatkan perjuangan parti yang jauh lebih besar.
”Biar saya tanggung sendiri tak apa. Pilihan saya begini, kita masyarakat bertamadun dan bagi saya sekiranya ada perkara yang boleh memudaratkan jemaah atau institusi yang kita wakili, janganlah mereka mudarat, biar saya mudarat seorang.
”Dan ini mungkin tak pernah berlaku di Malaysia tapi di Barat kalau ada skandal seperti ini mereka (pemimpin) tidak teragak-agak untuk meletak jawatan, saya tidak sampai ke situ lagi, sekadar berehat satu atau dua bulan,” katanya.
Ditanya mengenai ada pemimpin tertentu yang diketahui turut dikaitkan dengan skandal moral tetapi tidak pernah mengambil keputusan berehat atau meletak jawatan seperti yang ingin dilakukannya, Badrulamin, 52, berkata;
”Itu masing-masing punya pendirian. Tapi saya sayang sangat perjuangan ini, biarlah saya tanggung sendirian.”
Berhubung sama ada masih mengekalkan pendirian tentang diri beliau diperangkap, Badrulamin berkata, kemungkinan tersebut tidak dapat ditolak walaupun pada masa ini tidak dapat mengaitkan mana-mana pihak.
”Namun belum masanya untuk saya buat laporan polis,” katanya yang turut enggan membuat laporan polis mengenai dakwaannya yang beliau dipukul oleh hampir 20 lelaki ketika malam kejadian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...