Isnin, 27 Februari 2012

KENA TANGKAP DIRANCANG, JIKA TIDAK KENA TANGKAP TERANGSANG !!!!!


INILAH DIA PENGIKUT SETIA "IMAM MAHADI" USTAS NUAR AL-JUBURI !!

KUANTAN 26 Feb. - Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.


"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, seorang pemimpin PKR Selangor ditangkap khalwat bersama seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di Balok semalam.

Beliau ditangkap bersama pasangannya oleh suami kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah institut kemahiran di negeri ini.

Suami kepada wanita itu kemudiannya menghubungi penguatkuasa JAIP yang datang ke bilik hotel itu kira-kira pukul 3 pagi.

Mohd. Ghazali berkata, panggilan yang dibuat oleh orang ramai diibaratkan seperti menghubungi bomba jika berlaku kebakaran atau kecemasan.

"Begitu juga dengan JAIP jika dihubungi orang ramai sekiranya terdapat kes khalwat, kami akan bertindak atas aduan itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya, JAIP akan memanggil semula Badrulamin yang didakwa berkhalwat dengan seorang wanita berstatus isteri di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, pemimpin dan wanita itu dijangka hadir ke pejabat JAIP kira-kira pukul 9 pagi esok bagi melengkapkan siasatan berhubung kes tersebut.

"Ia adalah prosedur biasa bagi memudahkan kelancaran pihak kami menjalankan siasatan kes tersebut," katanya.

Mohd. Ghazali berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...