Translate

23/01/2012

Siapa Ganti Anwar, Kabinet Bayangan Perkara Bencana Buat Pembangkang

Image Detail

Pembangkang terpaksa memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kerana mereka tidak mempunyai calon yang boleh diterima oleh semua parti dalam pakatan pembangkang.

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,  Mohd.Fairus Khairuddin berkata walaupun pembangkang membentuk satu pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) namun mereka tidak mempunyai satu kerjasama  yang baik serta ikhlas terutamanya DAP dan Pas  untuk memilih calon Perdana Menteri selain Anwar.


“Pembangkang tiada pilihan, mereka terpaksa memilih Anwar, hanya Anwar sahaja yang dianggap boleh menyatukan ketiga-tiga parti itu, DAP, PKR dan Pas duduk semeja untuk berhadapan dengan Barisan Nasional.

“Oleh itu, mereka akan cuba mengelak untuk membincangkan bukan siapa selepas Anwar saja tetapi barisan kabinet yang akan ditampilkan. Bagi mereka ketiadaan Anwar boleh menyebabkan pakatan yang mereka bina itu akan musnah dan harapan mereka untuk menawan Putrajaya hanya sekadar impian sahaja,” katanya kepada UMNO-online.

Menurutnya, walaupun pelbagai cerita negatif yang membabitkan moral Anwar, namun pembangkang ia bukanlah satu masalah kerana bagi ketiga-tiga parti yang penting untuk dapatkan kuasa.

“Ketiga-tiga parti sedang melaksanakan agenda tersirat iaitu siapa yang dapat manfaat pergunakan siapa. Itulah yang digunakan pakai oleh pembangkang dalam pembentukkan kerajaan seperti yang berlaku sekarang, motif utama mereka adalah untuk dapat kuasa,” katanya.

Fairuz berkata, Anwar sebenarnya dipergunakan oleh DAP, begitu juga dengan  Anwar yang mempergunakan pakatan pembangkang untuk merealisasikan  cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, ketika ini mana-mana pemimpin pembangkang tidak akan bersuara mengenai siapa selepas Anwar dan jawatan dalam kabinet kerana ia merupakan satu malapetaka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...