Translate

08/01/2012

Mana Mungkin Pemimpin Parti Budak Suruhan PKR, DAP Dilantik Jadi PM…


KUALA LUMPUR, 6 Jan – Saranan supaya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat atau Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang tidak ubah seperti “angan-angan Mat Jenin”.

“Mana mungkin pemimpin Pas boleh dilantik jadi Perdana Menteri.  Kita tak kata perkara ini secara emosi tapi berdasarkan fakta.  Pas walaupun parti yang paling lama wujud berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang dan ada kemampuan  jentera tetapi di sisi pakatan, Pas boleh diibaratkan sekadar menjadi budak suruhan.


”PKR dan DAP tidak begitu bodoh nak bagi pemimpin Pas jadi Perdana Menteri kerana Pas sendiri tidak bertanding banyak kerusi berbanding PKR, DAP.  Malah Pas sendiri dah setuju nak beri kawasan dia kepada PKR dan DAP pada pilihanraya umum akan datang… apa yang Pas ada?

”Banyak keputusan dalam pakatan pembangkang ditentukan PKR, DAP… Pas hanya pak turut sebab itu dalam prinsip perjuangan Pas pun Pas sanggup mengalah kerana ikut arahan PKR, DAP” kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Shafiqurrahman Hj Shamsuddin.

Jelas beliau lagi Pas sebenarnya hanya dipergunakan PKR dan DAP untuk memecahbelahkan sokongan orang Melayu.

”Kita lihat sekarang DAP begitu giat untuk tarik orang Melayu sertai DAP… untuk apa?  Inilah strategi licik DAP yang Pas tidak sedar.  PKR dan DAP tak pandang pun Pas tapi yang rakyat nampak sekarang Pas lah yang terhegeh-hegeh kepada PKR, DAP.

”Ini juga satu sebab kenapa pakatan pembangkang sampai sekarang tak berani beri kabinet bayangan mereka… sebab apa?… sebabnya dalam rancangan PKR, DAP pemimpin Pas akan hanya diberikan jawatan yang paling corot seperti apa yang berlaku di dalam kerajaan negeri Selangor.

”Berdasarkan hakikat ini kita berani kata saranan pemimpin Pas untuk dilantik menjadi Perdana Menteri hanyalah satu angan-angan Mat Jenin.  Sejak pilihanraya umum 2008 jelas kita lihat yang banyak dapat untuk bukan Pas tapi PKR dan DAP”, ujarnya.

Pada masa yang sama beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Kedah yakin laungan Pas kononnya ”Pas Ganti UMNO” hanya omongan kosong semata-mata kerana berdasarkan hakikat yang ada pada hari ini lebih tepat dan lebih akan menjadi kenyataan adalah ”DAP Ganti Pas”.

MediaUMNO

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...