Khamis, 26 Januari 2012

Hang Tuah: Banyaknya laporan polis...

Image Detail
SEBELUM perhimpunan 901, hampir 300 repot polis telah dibuat oleh Melayu dan Perkasa bagi menyekat perhimpunan itu daripada terus diadakan pada 9 Januari lalu. Anda juga boleh kira berapa ratus atau ribu repot polis keatas Mohamad Sabu yang berkata Mat Indera pejuang kemerdekaan. Sehingga Prof Khoo Kay Kim kata Malaysia tidak dijajah.

Sarjana ini pula menambah Hang Tuah tidak wujud tetapi Melayu yang hunus keris senyap membisu. Perkasa yang senantiasa tampil garang buat laporan polis macam polis kawan dia pun menikus. Mana suara-suara takkan Melayu hilang di dunia. Kenapa menyepi? Apakah repot selama ini hanya mainan politik. bila PAS atau PKR atau DAP yang sebut semua pakat hentam dan repot polis tapi... 


Bila bukan musuh mereka, mereka sepi membisu.

Bernangis tak berlagu Hang Tuah kerana orang Melayu sudah tidak pertahankan orang Melayu. Mungkin Hang Tuah hanya mampu bersuara sebenarnya orang Melayu sekarang lebih mempertahankan kekuasaan politik dan harta mereka daripada nama Hang Tuah.

Ehhh! Hang Tuah pun tahu menilai Melayu mana yang berpura-pura.

Baik kau jaga Perkasa nanti Hang Tuah sumpah kau kerana tidak mempertahankan nama lagenda Hang Tuah.

Berita berikut:

Khoo Kay Kim Dakwa Hang Tuah Bersaudara Dan Hang Li Po Tak Pernah Wujud!

January 16, 2012 

PETALING JAYA – Masyarakat Malaysia secara amnya mengetahui tentang sejarah negeri Melaka biar pun ada yang bukan berasal dari negeri tersebut.

Antara yang paling kerap diperkatakan ialah mengenai Hang Tuah lima bersaudara, Puteri Gunung Ledang dan Puteri hang Li Po semestinya.

Menurut sejarah Melayu negeri Melaka, Puteri Hang Li Po yang berasal dari negara China merupakan isteri yang kelima bagi Sultan Mansur Shah, Sultan Melaka yang telah memerintah dari tahun 1456 hingga tahun 1477.

Diselitkan juga dalam sejarah negeri itu, terdapat cerita legenda pahlawan Melaka yang terdiri daripada lima sahabat iaitu, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Kisah lima sahabat yang sarat dengan nilai-nilai persahabatan dan kesetiaan kepada raja dan negeri mereka itu menjadi terkenal dan sering diceritakan semula oleh rakyat Malaysia.

Bagaimanapun sejarawan terkenal, Prof. Tan Sri Khoo Kay Kim yang ditemu bual oleh sebuah stesen radio tempatan, Business Radio Station (BFM) mendakwa sebaliknya.

Katanya, Hang Li Po dan kelima-lima pahlawan negeri Melaka itu tidak pernah wujud!

Memetik laporan daripada Free Malaysia Today (FMT), Canselor di Kolej KDU itu berkata, beliau telah membaca penulisan dari dua ahli sejarah Barat dan satu rekod sejarah oleh tokoh sejarawan terkemuka, Wang Gung Wu tentang hal ini.

Menurut rekod ahli-ahli sejarah tersebut, Dinasti Ming tidak pernah menyebut atau menulis watak pahlawan-pahlawan Melaka yang terkenal sejak zaman dahulu.

“Sejarah mestilah berdasarkan rekod yang empirikal dan tepat, dan ahli-ahli sejarah hanya perlu menerima rekod bertulis yang sahih, ” katanya.

Selain itu, Kay Kim juga menyatakan tiada bukti kukuh dalam rekod-rekod Malaysia menyatakan kewujudan lima pahlawan Hang tersebut.

“Tidak ada bukti dalam rekod-rekod Malaysia dan ini adalah cerita saja. Pencerita-pencerita sejarah menceritakan semula sejarah ini berdasarkan ‘cerita’ dan bukannya bukti,” tambahnya.

Untuk menguatkan lagi dakwaannya, Kay Kim memberitahu ahli-ahli sejarah telah pun menjalankan penyelidikan yang bersungguh-sunguh tentang dakwaan cerita sejarah tersebut.

“Kita memang mempunyai banyak cerita tentang sejarah ini. Hanya baru-baru ini, ahli-ahli sejarah telah bersusah payah melakukan penyelidikan sejarah awal negeri Melaka itu dan mendapati banyak cerita-cerita yang dimaklumkan pada masa lalu tidak dapat dibuktikan, “katanya.

Kay Kim juga memberitahu FMT bahawa terdapat khabar angin bahawa kerajaan Melaka telah diasaskan pada tahun 1292 walaupun terdapat rekod-rekod membuktikan bahawa ia ditubuhkan pada abad ke-15.

Beliau menambah, kerajaan telah mengarahkan jawatankuasa sukatan pelajaran melalui sukatan pelajaran sejarah sekolah untuk membetulkan kesilapan-kesilapan seperti yang beliau dakwa.

Sukatan pelajaran ini bagaimanapun hanya akan diperkenalkan pada tahun 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...