Translate

27/12/2011

PASAR MARANG - INDAH KABAR DARI RUPA !!!


Marang 25/12/2011 – Pembangunan demi pembangunan diujudkan disekitar kawasan Bandar Marang, demi untuk menaikkan taraf kedaifan yang dialami oleh penduduk di bandar ini sejak 30 tahun yang lalu jika dibandingkan dengan daerah-daerah di Negeri Terengganu.

Tapi sebaliknya apa yang berlaku sebagai contoh yang paling ketara sekali adalah PASAR BESAR MARANG – sumbangan dari Kerajaan Persekutuan, yang dianggap terbaik di daerah ini, namun kecantikan yang dilihat hanyalah diluaran atau dipandang dari jauh saja.


Jika mendekatinya barulah kita tahu apa yang sebenarnya ujud kepincangan atau kerja-kerja penyelenggaraan yang dijalankan oleh pihak berkuasa adalah umpama “MELEPASKAN BATUK DITANGGA SAJA” atau “MENGHABISKAN WANG RAKYAT” atau ”UNTUK MENGKABURI MATA MASYARAKAT SETEMPAT” ????

Didalamnya lengkap dengan peralatan-peralatan seperti Litar Tertutup (CCTV), lampu yang canggih, pemasangan paip air yang cantik, tetapi disebaliknya hanya sebagai hiasan saja. Tidak dibekalkan dengan kuasa letrik – jika waktu hujan atau disebelah petangnya didalam pasar tersebut akan gelap dan akan menyukarkan peniaga-peniaga untuk menjalankan perniagaannya. Bagi paip air tidak diasingkan bagi setiap satu petak untuk peniaga-peniaga terlibat, ini akan menyukarkan jika bayaran berlebihan ‘akan dipotong’ oleh pihak SATU.  Sedangkan ada peniaga-peniaga yang telah membayarnya merunggut dengan ketiadaan air untuk membersihkan kawasan perniagaannya.



Keadaan tiang-tiang lampu yang dipasang dipersekitaran kawasan pasar sememangnya canggih/cantik, tetapi apa yang dapat dilihat secara dekat tidak diselenggara oleh pihak berkuasa, dimana terdapat takungan air didalam lampu tersebut.


Dibahagian atasnya pula terdapat sejumlah kedai-kedai yang masih kosong dan tidak digunakan untuk sebarang perniagaan. Sedangkan pada peringkat awal permohonan untuk mendapatkannya telahpun dibuat dan dipenuhi.  Tetapi apa yang terjadi ???? Adakah mereka yang memperolehnya terdiri daripada gulungan tertentu yang hanya menunggu kedai-kedai tersebut untuk disewa ??? bagi mendapatkan keuntungan atas angin ????


Mereka yang tidak mengetahuinya akan menyalahkan masyarakat / rakyat tempat yang tidak tahu menilai kemudahan yang diberi oleh kerajaan.

Ramai peniaga-peniaga yang ditemui, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati keatas apa yang berlaku, walaupun telah beberapa kali aduan secara manual dibuat kepada pihak-pihak tertentu.



Pihak berkuasa yang terlibat perlu mengambil tindakan segera keatas masalah yang dihadapi, jika tidak mahu perkara ini dilaporkan kepada pihak yang lebih ariff, agar satu tindakan yang lebih drastik dapat diambil keatas mereka-mereka yang terlibat demi untuk memertabatkan ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’- ‘MERAKYATKAN DAN PEMBANGUNAN” ????

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...