Khamis, 22 Disember 2011

PAS MEMBUAT TUDUHAN BAHAWA 80 % RAKYAT TERENGGANU TIDAK BAYAR CUKAI PINTU ?

Image Detail
Hati busok dan jahat, tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang
pemimpin PAS 

1- Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, semalam telah menghasut rakyat Terengganu supaya jangan membayar cukai pintu kepada kerajaan negeri sambil menerangkan konsep baru yang dirangkakan untuk rakyat Terengganu.

Konsep yang diterangkan ialah dengan berbohong kepada rakyat yang manisfesto pilihanraya sudah siap lengkap tetapi belum boleh diberitahu kepada takyat Terengganu.

"konsep kita lain, kita sudah rangka (program) untuk (membantu) orang susah, kita tak beritahu (semua), kita dah siap manifesto kita, kita hanya beritahu 5 (perkara) dahulu”

"tak boleh beritahu semua, nanti umno ni tipu dan tiru. Dia tiru apa yang kita buat, mereka tak pandai pun,"

Mendengar ucapan Wahid Endut di atas kita sudah dapat menganggap tahap pemikiran orang-orang PAS di Terengganu yang mudah di tipu walaupun dengan perkara mudah seperti manifesto PAS untuk PRU13.

Kita juga dapat mengagak bahawa manisfesto Pas sedang disediakan dengan tergesa-gesa dan belum siap. Alasan Umno akan menirunya kemudian adalah seperti mainan budak-budak kecil yang belum bersekolah.

2- Apa yang menjadi tajuk utama di sini ialah Wahid telah menghasut rakyat supaya jangan membayar cukai pintu sekarang dan tunggu sehingga PAS menang selepas PRU-13. Jika PAS memerintah warga bandar tidak perlu membayar cukai.

"antaranya kalau kita (PAS) menang, nak tolong rakyat, cukai pintu rumah kediaman,kita kecuali sementara ini, kalau ada yang tak bayar cukai pintu rumah, jangan bayar, tunggu kita menang,"

3- Wahid Endut yang tidak panjang fikiran ini bukan sahaja menghasut tetapi turut juga mendedahkan bahawa hampir 80% warga bandar di seluruh negeri Terengganu tidak membayar cukai pintu kerana alasan tidak puas hati dengan khidmat yang diberikan oleh pihak Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya.

Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan bekas Exco kerajaan negeri PAS Terengganu wajar diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa kerana menghasut begitu rupa.

Bukti-bukti Wahid Endut menghasut terdapat di video dibawah semasa ucapan di Majlis Dailog bersama Warga Tionghua Kuala Terengganu pada 17 Disember lalu.



Posted by HHalem 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...