KOTA BHARU - Isnin lepas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi dimasukkan ke hospital.
Alasannya untuk berehat. Tetapi kata orang dekatnya, Nik Aziz sakit perut.
Pada usia 80 tahun, tubuh manusianya sememangnya tidak gagah seperti muda. Perlu banyak berehat.
Perkara itu juga terjadi kepada Nik Aziz kerana beliau hanya manusia biasa yang tiada kurang atau lebihnya.
Untuk rekod pada tahun ini saja beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa kali malah laman ini juga pada Ogos pernah mendedahkan Nik Aziz menghidap kanser prostat.
Apa yang berlaku hari ini hampir pasti mengesahkan Nik Aziz terpaksa menjalani rawatan kerana kanser tersebut.
Kanser itu semakin merebak malah dikatakan satu pasukan perubatan yang mengempulkan sekumpulan pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian telah dibentuk untuk merawatnya.
Kesimpulannya, cukuplah Nik Aziz berpolitik, berehatlah bersama keluarga. Jangan kerana sikap dendam kepada UMNO sanggup untuk merosakkan diri dan juga Islam.
Sudah terlalu banyak kerosakan yang dibuat oleh Nik Aziz sudah sampai masanya untuk mengalah kerana perjuangannya tidak sampai ke mana. -
Posted by: KELATEKITO.NET