Translate

16/12/2011

Ketua Muslimat Tak Puas Hati Dan Tidak Bersyukur Pemberian RM500 !!

Ketua Muslimat Tak Puas Nikmat
Tengok mukanya pun dah geli..... ini nak jadi pemimpin ?????
Ketua dewan muslimat PAS menyerlahkan pemikiran pencacai yang tak pernah mengenal nikmat bersyukur.Ini hasil didikan pakatan agar tidak akan sesekali berterima kasih kepada kerajaan walau seberapa banyak bantuan diberikan.


PAS sering kali mengajar pengikutnya untuk tidak bersyukur atas perjuangan BN,walau apa keistimewaan yang diberikan kepada rakyat semuanya dikatakan memang tugas kerajaan untuk membantu rakyat,itulah hujah dangkal dan jumud hasil dididikan agama PAS.

Petikan kenyataan ketua dewan muslimat PAS yang bukan saja dangkal malah memburukkan kerajaan .

Siti Zailah juga berkata, rakyat terutamanya yang mempunyai tanggungan ramai tidak seharusnya terlalu teruja dengan jumlah RM500 itu kerana ianya tidak berbaloi dengan harga barang yang tinggi. "Rakyat kena celik sikit, pemberian cuma RM500. Kalau ada anak ramai, tak cukup pun hendak membeli keperluan sekolah dan sebagainyasedangkan dalam tempoh lima tahun lagi, terpaksa melalui masa-masa sukar," katanya yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. 

Sebagai seorang muslimah beliau harus bercakap benar dan tidak memberikan imej buruk terhadap diri beliau sendiri. Kita semua tahu kerajaan bukan saja memberikan wang RM500 kepada mereka yang berpendapatan kurang RM3ribu,kerajaan turut memberikan wang belanja sekolah RM100 kepada semua pelajar sekolah.Bayangkan jika dalam satu keluarga ada 6 hingga 7 orang anak,sudah pasti jumlahnya 6-7 ratus satu keluarga dan belum lagi dicampur RM500. 

Dalam masa yang sama kerajaan turut memberi bantuan kepada pelajar universiti RM200 untuk mengurangkan beban kepada para mahasiswa. Inilah yang dikatakan bukan dah beri betis nak peha sebaliknya dah beris betis sampai ke paha dipijaknya kepala orang yang memberi.

Ditambah orang seperti Siti Zailah ibarat anjing yang mengigit tangan yang membantu.Busuk hati dan perangai buruk seorang pemimpin wanita ini tidak langsung mengambarkan seorang yang beriman!

Allah membenci manusia yang kufur nikmat!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...