Semua orang tak gembira atau terperanjat bila Lim Boo Chang, Pengerusi PKR Bukit Gelugur keluar parti dan meletakkan jawatannya dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang.
Sebab yang tidak mengembirakan kerana Lim Boo Chang ni manusia berjiwa katak yang akan melompat bila ada kesempatan dan peluang yang memihak kepada dirinya sendiri. Dulu dia pernah jadi Ketua Pemuda Gerakan dan pernah jugak jadi Naib Presiden Gerakan sekitar tahun 1990. Lepas tu tahun 1999 dia sertai pulak MCA. Dan kemudian keluar untuk menyertai PKR tahun 2008. Sekarang dia keluar PKR dan cakap nak masuk balik Gerakan.
Esok lusa dia keluar Gerakan dan masuk PAS pulak. Tak mustahil tu. Kalau kita fikir pulak, apasal dia pilih untuk kembali menjadi ahli Gerakan sedangkan Gerakan bukan kuat manapun sekarangni. Banyak gak masalah. Tapi dia pilih Gerakan memang sebab dia nampak Gerakan tak ada orang yang kuat. Bila masuk Gerakan, dia akan nampak jawatan yang lebih tinggi. Itu apa yang akak rasa. Cuma baguslah dia keluar PKR di saat-saat Pakatan Rakyat sedang bergolak di Penang masani.
Lim Boo Chang keluar PKR sebab kecewa dan hilang keyakinan dengan parti. Katanya, PKR gagal menunaikan janji serta persaingan sesama sendiri yang melampau. Sejak bila pulak PKR ni parti yang bagus? Memang sejak azali lagi parti ni caca marba dan sekadar memperjuangkan keadilan buat Anwar. Tak kan Lim Boo Chang tak tahu kot? Yang dulu pi sertai PKR tu apa kes? Apabila nak PRU 13 melompat parti pulak ????
Tak apalah. Paling tidak pun keluarnya Lim Boo Chang dari Pakatan akan menelanjangkan lagi kelemahan dan kegagalan Pakatan Rakyat terutamanya DAPig dan PKR. Inilah politik. Apa-apapun akak ucapkan selamat kembali lah buat Lim Boo Chang. Kasi booo sama Pakatan!