Translate

24/11/2011

PERKASA MENYOKONG PENUH AKTA PERHIMPUNAN AMAN


Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman mendapat reaksi yang positif dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang menyokong penuh akta baru ini atas alasan ia penambahbaikan berbanding peruntukan sedia ada.
Dato’ Ibrahim Ali berkata, Akta Perhimpunan Awam masih memberi kebebasan berhimpun dan tidak menyekat kebebasan untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan secara aman.
“Kerajaan bagus, akta baru ini sebenarnya untuk keselamatan rakyat untuk memastikan tiada pihak yang akan mengambil kesempatan, malah kerajaan tetap beri peluang untuk rakyat bersuara, cuma bezanya di kawasan-kawasan yang betul, dan dalam keadaan yang selamat dengan kawalan pihak berkuasa, sekiranya berlaku demonstrasi dan perhimpunan terbuka yang tidak terkawal, penjenayah akan mengambil kesempatan terhadap situasi itu”. Katanya dalam satu kenyatan media siang tadi.


“Negara kita ini dipenuhi pendatang asing, ada di antara mereka yang tidak bekerja, menjadi penyamun, perompak, dan sebagainya, sekiranya berlaku demonstrasi, mereka akan gunakan peluang itu untuk melakukan jenayah”.
“Sebab itu kerajaan benarkan buat perhimpunan di kawasan yang tertutup seperti dewan dan stadium, negara kita ada banyak dewan, banyak stadium, gunakan sahaja,” jelasnya lagi, yang bersetuju kerajaan mengharamkan perhimpunan dibuat dikawasan masjid dan rumah ibadat.”
Menurut Ibrahim lagi, beliau tidak menolak kebebasan bersuara sebagai elemen dalam hak asasi manusia dan amalan negara demokrasi, namun begitu jelasnya, sekiranya aspek keselamatan terabai, sistem demokrasi sendiri tidak akan berfungsi.
“Memanglah kebebasan bersuara ini hak asasi manusia dan demokrasi, tapi kena ingat, tanpa keselamatan, demokrasi mati,” katanya.
“Sekarang ni bukan macam zaman dulu, sekarang ni dah ada media baru, kalau kita buat perhimpunan dalam dewan sekalipun, tidak lama selepas itu kita sudah boleh lihat di Youtube, Facebook, dan sebagainya.
“Akta perhimpunan aman ini perkara baik, banyak pembaharuan yang dibuat kerajaan, dalam undang-undang ini ada peruntukan yang membolehkan mereka yang didapati bersalah dikenakan tindakan, undang-undang sebelum ini tidak,” jelasnya lagi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...