Translate

04/10/2011

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL KE ATAS NELAYAN PUKAT KAYA DI PERAIRAN PULAU KAPAS


Marang - Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia perlu bertindak dengan lebih tegas keatas nelayan-nelayan pantai yang menjalankan pemukatan dengan menggunakan PUKAT KAYA atau PUKAT TANGSI. Jenis pukat ini keseluruhannya 99% akan merosakkan habitat marin disekitar kawasan yang dinyatakan. Nelayan pukat cerut rata-rata menyuarakan rasa tidak puas hati keatas nelayan-nelayan pantai yang tidak memikirkan pemeliharaan habitat marin terutama dikawasan unjang dan juga tukun yang dibina oleh pihak kerajaan, yang mana keseluruhannya telah musnah atau 'mati'.


Sikap degil dan tamak inilah yang menyebabkan pelancung-pelancung tidak begitu berminat untuk datang memancing dikawasan perairan Pulau Kapas kerana ketiadaan ikan. Pelancung lebih suka atau berminat untuk pergi memancing dikawasan Pulau Perhentian atau di Pulau Tenggo.

Boleh dikatakan 80% nelayan pantai di kawasan Marang menggunakan PUKAT KAYA yang menjalankan kegiatannya selepas waktu subuh sehingga tengahari. Setiap nelayan menggunakan pukat-pukat tersebut yang panjangnya menjangkau lebih kurang 1 km.

Kegiatan jahat ini jika tidak dibendung dan dibiarkan, maka aktiviti pelancungan bagi menarik pelancung datang ke Pulau Kapas akan pupus dan lenyap begitu saja. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...