Translate

02/10/2011

MAJLIS PERASMIAN BOMBA SUKARELA SG NERUS DAN PENYERAHAN PERALATAN KEBOMBAAN


Kuala Nerus 02/10/2011 - Majlis Perasmian Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus dan Penyerahan Peralatan Kebombaan diadakan diperkarangan Pejabat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Terengganu. Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup ceria dan bermakna bagi Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus dan juga penduduk dipersekitaran.



Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd. Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri yang disaksikan Pengarah Bomba Negeri Terengganu serta VIP-VIP jemputan, Pengerusi JKKK, ketua-ketua jabatan dan lain-lain. Selain daripada itu YB Dato'  begitu teruja dengan penubuhan pasukan tersebut yang sememangnya dialu-alukan dan telah menyumbang wang tunai RM10,000 kepada tabung Pasukan Bomba Sukarela Sri Nerus yang akan dipantau oleh beliau sendiri, yang mana akan memberikan galakkan yang lebih luas kepada penduduk setempat untuk menyertai pasukan sukarela ini.


Beliau seterusnya berharap pasukan sedemikian akan dapat dikembangkan ke beberapa kawasan didalam Parlimen Kuala Nerus bagi memberi pendekatan perkhidmatan bomba kepada masyarakat demi kepentingan bersama.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...